click this to be awesome person

Wednesday, 10 July 2013

Kisah Semalam (Malam Pertama Ramadhan 1434H)

Salam Alaik.

Masih belum terlambat utk
Iza ucapkan selamat berpuasa 
kepada kawan2 sekalian
yang beragama islam.
Syukur sgt kan sebab 
Allah masih memberi peluang
pada kita merasai
kenikmatan Ramadhan
yang penuh barakah.

Tahun ni merupakan tahun 
kedua Iza n family berpuasa
tanpa arwah ayah.
Yelah, arwah ayah
meninggal 24.06.12 setahun 
yang lalu. Masa tu pun lagi bbrp
hari nak bulan puasa.
Memang terasa sgt ketiadaan
arwah sebab terbayang
kelibat arwah berbuka 
puasa dengan kurma n air kosong.
Lepas tu arwah akan solat maghrib
dahulu, selesai dr itu baru
lah arwah makan makanan
yang mak masak.

Semuanya hanya tinggal kenangan
yang dapat kami simpan di dalam
memori selamanya.
Malam tadi Iza pun tergerak hati
nak isi borang derma dan tahlil
ahli keluarga yang diedarkan oleh
AJK masjid di kawasan rumah.




Terasa sayu je hati bila 
tulis nama arwah ayah dalam 
borang tu. Dulu2 masa isi
borang ni mesti tanya kt arwah
nama arwah nenek, atok n lain2
sebab tak ingat.
Sekarang nama arwah yang 
pertama Iza isi.
Wlu pun doa2 anak yang soleh
shj dpt membantu arwah di sana
namun Iza niatkan juga pahala
sedekah dan amal jariah buat
arwah ayah dan yg lain2.
Moga2 sampai wlu pun
sedikit.



Selesai je buat tu semua terus 
isikan vitamin / supplement #Shaklee
untuk my yayang dalam pil box die.
Sbbnya sng nak monitor 
die makan or tak vitamin tu.
Klu thru botol tu susah
nak monitor.
Huhu.
So far nmpk mmg die makan.
Bukan apa,
my yayang ni keje x tentu masa.
Shift memanjang, kekadang smpi
x ckup tido semua. Kesian lah pulak,
so Iza pun invest sedikit duit yang
ada untuk jaga kesihatan suami tersayang.
Kita ikhtiar, yang selebihnya
serahkan pada Allah.
Moga2 segala usaha diberkati
oleh-Nya. 


Habis bab mengemas semua
Iza terus masuk dapur sebab ingat
nak masak lauk siap2 untuk
sahur nnt.
Senang bangun sahur nnt
terus panaskan aje.
Then my yayang request 
tempe+kentang+ikan bilis 
goreng sambal kicap.
Selalu kan kite goreng
ngan sambal kering2 je kan?
Tapi sbb pikir takut perut tak tahan
so buat mcm ni ajela senang.
Boleh ulang2 makan ngan
nasi panas masa sahur.
Tu pun pg tadi mcm dah nak 
habis aje.
Buat x lah banyak n xlah sikit.
Tapi bolehlah untuk makan 
berdua.

So hari ni plan nak buat 
kuih ketayap / kuih buah melaka.
Tu pun bergantung pada
tahap kerajinan Iza la.
Tekad n hajat hati tahun
ni xnak beli kat bazar.
Nak masak je kalau boleh
sbb skrg barang kan dah mahal
then rasa pun ala-ala je.
So dari dpt dosa kutuk
orang meniaga baik lah 
Iza masak. At least air tangan
isteri mengikat kasih syg suami.
Okeylah, moga kita semua
sentiasa sihat di dalam
mengerjakan amal ibadah kepada
yang Maha Esa.

Kalau berminat nak mencuba produk
#Shaklee atau mengetahui
lebih lanjut pasal produk
boleh lah hubungi Iza
di talian +6016 778 6490.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails