click this to be awesome person

Thursday, 28 March 2013

My Homemade Ice Creamlicious - Resepi


Salam Alaik.
Memandangkan terlalu ramai yang
PM (private msg) Iza di FB
bertanya ttg resepi 
"homemade ice creamlicious"
maka Iza share di blog ni.
Mudah sebab sekali dgn 
entri bergambar.
Kot ada yang x berapa faham
dengan notes ringkas 
yang Iza taip spt dibawah.


Actually notes kat atas ni Iza dah pun
bagi pada ramai yang request thru PM
di FB.
Untk memudahkan semua Iza
attach as a image je.
So kurang puas hati sbb
masih ada yang tanya sukatan
n bahan2 lain yang digunakan.
So marilah kita sama-sama belajar.
Iza pun belajar dari office-mate jugak.
Asalnya Iza buat utk my yayang
makan sbb dia tersangat suka
beli dan makan ice cream.

So why not isteri yang
nak memenuhi kehendak dan selera suami
ni belajar dan buat banyak2 untuk dia.
Tapi apa yang jadi sekarang ialah
kerana my yayang telah promote 
di pejabat beliau maka
jadilah biz.kecil-kecilan buat kami.
Hehehe. Mcm comel pulak rasa.
Jual main-main.
Kami decide untuk jual 
1 cup ice cream pelbagai perisa
hanya RM2 sahaja. :)

Jom scroll bahan-bahan yang diperlukan
dan yang Iza gunakan untuk 
membuat ice cream ini.


Antara bahan-bahan dan peralatan
yang Iza sempat beli sebab pada asalnya
tempahan hanyalah sedikit
tapi tak sangka dah tersebar
dan merebak hinggakan Iza telah buat tambahan 
stok untuk kali yang ketiga.
  

Antara bahan-bahan yang diperlukan
seperti yang terdapat dalam gambar,.
Telur,
Susu pekat,
Susu Cair,
Essen Vanilla,
Ovallete,
Perisa yang disukai seperti
Oreo, Milo, Strawberry, Chocolate
dan lain-lain.

So adunan yang Iza akan bagi adalah
untuk 2/3 orang makan
yang mana hanya perlu guna 1 biji telur.
Yang gambar di bawah majority 
Iza guna untuk adunan
untuk 5/12 orang makan
yang mana Iza guna 5 biji telur.


5 biji telur dipecahkan
dan dipukul (mixer) sehingga kembang
dan adunan menjadi ringan.




Pastikan telur tadi dipukul
sehingga kembang seperti gambar di atas.
Dan menjadi betul2 ringan.


Masukkan 1 tin susu pekat
dan 1 tin susu cair.
Ingat ye yang adunan Iza buat
ni untuk 5/12 orang makan.
Klu untuk 2/3 orang makan
hanya perlukan
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat.
Mixer sehingga sebati.


Masukkan esen vanilla.
Untuk 2/3 orang makan
hanya 1 sudu makan esen vanilla
mencukupi.
Mixer sehingga sebati.


Masukkan 1 sudu makan ovallete
atau cake stabilizer.
Fungsi ovallete adalah
untuk memekatkan adunan.
Dan mixer adunan sehingga
menjadi sedikit pekat dan likat.


Adunan selepas dimasukkan ovallete
akan menjadi sedikit pekat seperti gambar di atas.


Kemudian masukkan flavor yang
digemari.
Mcm gambar di atas Iza masukkan
oreo hancur.
Bole jugak masukkan serbuk milo,
serbuk chocolate.
Jika teringin nak perisa strawberry
hanya masukkan strawberry paste / emulco
dan mixer sehingga sebati.


Memandangkan Iza buat ni untuk
memenuhi order pelanggan sebab tu
Iza masukkan dalam cup mcm ni.
Klu untuk makan sendiri
cukup lah korang masukkan dalam bekas biasa
sahaja.


Then untuk menambah lagi
rasa taburkan sedikir oreo,
milo, chocolate rice atau ape sahaja
yang korang suka.



Homemade Ice Creamlicious
Milo Flavor.
Majority dah sold out.
Huhu.
Tq kpd yang membeli
dan menyokong
x lupa jugak kepada yang beri cadangan untuk
lebihkan milo tabur di atas ice cream ni.
Hehehe.



Homemade Ice Creamlicious
Strawberry Flavor.



Homemade Ice Creamlicious
Chocolate Flavor.

 

New flavor in the fridge.
Homemade Ice Creamlicious
Sweet Corn Flavor.
Alhamdulillah, digemari ramai
jugak seperti oreo.



Ice Cream yang memenuhi
ruang freezer kami di rumah
sekarang.
Semua dah sold out.
Dan hampir setiap malam
Iza akan buat dan tambah stok.
Sebab kdg2 order masuk
bertalu2.
Sekali masuk nak 10 cups.
Nak2 skrg Iza buat promosi
beli 10 cups percuma 1 cups.



Satu lagi firdge yang penuh.
Yang ni fridge baru so
kami penuhkan ruang fridge lama dulu.
Ikutkan buyer fridge lama
dah ambil fridge yang dibeli
tapi disebabkan masalah logistik
maka kami setuju untuk
letak dlu fridge tu di rumah kami.
By end of this month baru
diorang ambil.
Sebenarnya my yayang syg nak
let go fridge lama tu sebab die dah pakai
dari zaman sebelum kawen which mean
zaman bujang tapi Iza pujuk die
ckp dah tiba masa let go
takkan nak pakai 2 fridge dalam satu rumah?
Nampak sgt tamak kat situ.
Hahaha
So kami let go dgn harga RM300
sahaja.
Moga2 bermanfaat kepada
yang membelinya
sbb fridge tu masih elok dan
nampak 85% macam baru
coz Iza yang jaga kan.
Hahaha.
So kepada yang berminat nak
cuba homemade ice creamlicious kami
lebih2 lagi yang duduk berdekatan
dengan Putrajaya la,
boleh lah contact thru email
atau thru hp.
No hp spt yang tertera di
signage / batch Shaklee tu ye.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails