click this to be awesome person

Thursday, 14 March 2013

Majlis Taklimat Lapor Diri

 Salam Alaik.

Bulan Mac bertandang lagi.
Bulan kelahiranku.
Bulan yang penuh pengharapan kerana
akan berganjak lah usia
ke angka satu lagi.
Jika masih panjang umur akan
berjumpa lah dgn hari ulang tahun ku itu.
Mudah-mudahan.
Amin.

Awal bulan hari tu
unit Iza mmg teramat sibuk dgn
mcm2 kerja.
Sblm2 ni pun mmg dah sedia ada sibuk
tapi ni super-duper sibuk.
So malas nak taip panjang2,
maka mari kita layan
gambar2 di bawah
yang mungkin boleh memberi
sedikit cerita.
  

Skrip pengacara majlis yang ntah berapa kali
dipinda mengikut kesesuaian majlis berkenaan.
Tiap kali dah pinda dan tiap kali
praktis akan ada je ayat yang x kena dlm skrip tu.
Maka pinda lagi.
Ni pun banyak CC dah tolong.




Iza di hari kejadian berbaju hijau.
Beriya bersolek kata my yayang.
Maklumlah jadi pengacara majlis.
Harus semua mata tertumpu ke arah
pengacara majlis.
Sangat gementar pada waktu ni,
walau pun ni kali kedua
diberi kepercayaan untuk
mengacarakan majlis.
Terima kasih kpd bos
dan kwn2 yang lain bagi
sokongan n kepercayaan.
Wah! Bajet mcm menang anugerah.
Hiks!



Semasa sesi pendaftaran
bersama CC Mona dan Kak Hanis.
Mereka ni semua orang2 penting
UPSM ni.
Semua pengalaman bertahun2,
maka haruslah Iza mintak tunjuk ajar
sbb Iza baru 5 tahun pengalaman
berkhidmat dgn kerajaan.



Apa lah yang dibincangkan saat ni agaknya.
Bukan main msg2 muka serius.
Mungkin berkenaan tentatif program
yang asyik berubah kot.
So pengacara majlis haruslah
fleksibel dan berani menerima sebarang
perubahan yang berlaku pada hari kejadian.
Maklumlah bila majlis melibatkan
tetamu VIP mesti ada sedikit / sebanyak
perubahan yang perlu dibuat.
Iza anggap itu semua cabaran wlu pun
kaki dah menggeletar sgt2.
Tapi cuba sorok perasaan tu
dengan senyuman kepada tetamu
dan penonton.


Bukan main lagi warna eye-shadow tu.
Pandai betul camera-man ni close up
sampai nampak warna eye-shadow Iza tu.
Aiyaarkkk!
Muka cuak gila time ni.
Syukur semuanya berjalan lancar.


My lady-boss and her friend.
Ntah apa yang disembang kan tu
sampai ralik kedua2nya.
Huhu


Pegawai-pegawai lantikan baru.
Selamat datang ke Pejabat ini lah ya.
Dan semoga berkhidmat dengan cemerlang.



Masih menunggu ketibaan VIP
dan pegawai2 kanan.




Muda-muda semua pegawai ni hah.
Rezeki mereka lah tu.
Baru habis belajar dah dapat kerja.
Alhamdulillah.

Sekian untuk entri kali ni.
Ada masa, kelapangan, minat dan kerajinan
Iza update lagi.
Walau pun amat malas nak update blog.
Next week dah start kelas dah.
Insya'Allah tahun ni akan graduated.
Mudah2an Allah permudahkan segalanya.
Amin Ya Rabb

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails