click this to be awesome person

Thursday, 14 March 2013

Entri Bercampur - Mac 2013

Salam Alaik

Jom marathon entri
carca-merba di bulan Mac 2013.
Mcm2 benda terjadi pada
bulan Mac ni.
Banyak ke arah kekeluargaan lah.
Bulan Mac law family datang rumah.
My family g vacation kat Cameron Highland.
Yang paling besar ialah birthday
my twin niece and of course my day.:)



Berjalan-jalan di karnival WOW 2013
di Putrajaya.
Tapi x berapa meriah sangat lah sebab
cuaca panas terik.
Berpeluh-peluh dibuatnya.
Sampaikan rasa malas nak keluar rumah.


Pabila kebosanan dan kepanasan,
mula lah cari xtvt dgn snap gambar sendiri.
Kesian...
My yayang pun x kuasa nak layan dah.
Makin bulat didalam gambar ni.
Adehhh.


Sepanjang karnival WOW tu brp kali
dah Iza dok g sana.
1st pegi ngan my yayang
makan mee kolok & teh ulla.
Then pegi ngan law family sampai ke malam.
Sambil2 teman diorang g tengok2 bazar
dan pameran yang ada,
Iza layankan benda ni hah.
Seronok tengok budak2 main bola besar ni.
Asyik jatuh je kat dalam tu.
Mesti penat dibuatnya.


Keesokkan harinya my yayang
ada game bola.
Lawan team mana tah.
Yang pastinya dia dah
dapat masuk liga negeri.
Tapi Iza sendiri tak sure negeri mana.
Teruk tu isteri tak ingat.
Hahahaha.
Sorry lah my dear.


Pagi tu sblm my yayang
g main bola,
kteorang g beli barang basah sket
sbb my MIL request
SIAKAP TIGA RASA
untuk menu tengahari.
Siap bawak ikan siakap
dari Ipoh lagi.
Kelas betul mak mertua Iza ni.
Syukurrr..
Yang paling x tahan siap bawak
bahan2 yang perlu untuk
masak masakan ni.
Sampai terfikir,
agaknya orang tua mmg mcm ni kot.
Klu berjalan umah anak-menantu
mmg xpernah dgn tangan kosong.
Sama dengan mak Iza jugak.


Bahan-bahan yang telah siap.
Tunggu nak menumis dan masak aje.
Masa ni my PIL n my SIL keluar
g Taman Botani x silap.
Nak amek angin pagi katanya.
Iza tak ikut sbb nak siapkan
makan tengahari.
Dan inilah kali pertama Iza masak
ikan siakap tiga rasa.
Selalu tahu order je kat kedai.
Huhuhu.
Bukan apa, kalau masak nnt
sapa nak makan?
Berdua je ngan my yayang.
Alasan yang bernas elak pembaziran.


Tadaaa!!!
Ikan Siakap Tiga Rasa is ready.
Nak resepi?
Meh Iza share meh.
Tengah baik hati nak taip ni.
Ekekekeke.


Bahan A - Ikan Siakap :

Ikan siakap
(siang dan bersihkan)
Tepung Jagung + sedikit garam
(lumurkan dibahagian luar dan dalam ikan)

Panaskan minyak,
goreng ikan hingga garing.
Setelah ikan digoreng garing,
angkat dan toskan.

Bahan B - Untuk Sos : 

1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji bawang putih - dihiris halus
10 biji cili padi - dipotong halus
2 batang serai - diketuk / ditumbuk
1/2 inci halia - diracik halus

Sos tiram - 2 sudu makan
Sos tomato - 4 sudu makan
Sos cili thai - 4 sudu makan

1 biji tomato - dipotong dadu
Kiub nenas - ready made (ayam brand)
1 biji lada benggala - dipotong dadu

Tepung jagung - 1 sudu makan dibancuh
di dalam setengah cawan air masak

Garam dan gula
secukup rasa.


Cara-Cara :

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi,
serai dan halia sehingga naik bau.

Masukkan sos tiram, sos tomato,
sos cili thai.

Masukkan tomato, kiub nenas,
lada benggala dan bancuhan air tepung jagung
(untuk memekatkan kuah).
Yang terakhir masukkan
garam dan gula secukup rasa.
Gaul hingga sebati.
Dan boleh disiram di atas ikan
yang telah digoreng tadi.
Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba.:)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails