click this to be awesome person

Friday, 29 March 2013

27th Birthday | 29.03.13

Salam Alaik.

Syukur alhamdulillah.
Terima kasih Allah kerana
masih meminjamkan
kepada hamba-Mu ini
jasad dan roh untuk
merasai usia 27 tahun hari ini.
Di pagi Jumaat yang penuh barakah,
penghulu bagi segala hari
sesungguhnya aku amat bersyukur padaMu.
Dapat berkongsi kebahagiaan
bersama orang2 tersayang di sisi ku.
Dapat menikmati detik2 manis
bersama.

Cerita Sebalik Surprise Birthday Cake

Smlm Iza ada kelas,
kelas selalu start jam 6.30 pm - 10.00 pm.
Tapi kelas semalam start on 8.00 pm - 10.00 pm.
Malangnya setelah tunggu sehingga 8.30 pm
lecturer x muncul tiba.
Then semua budak kelas
dah tanya pada Iza boleh balik ke tak
sbb Iza Asst.Class Rep.
So Iza decide edarkan
sehelai kertas untuk semua tulis nama dan
tandatangan sebagai tanda mereka hadir ke kelas.
Then semua pun balik.
Masa Iza jalan nak tunggu my yayang
jemput tu...Oh btw, smlm my yayang
baik hati tlg hantar wife die ni pegi kelas.
So masa tgh menunggu tu try call
lecturer yg mana call sblm tu
x jawab. Then masa bercakap tu boleh
lecturer kata die terlupa yang die ada kelas
malam tadi sebab die cuti.
So die minta maaf sgt2 dan
minta Iza sampaikan salam maaf die pada budak kelas
yg mana semua dah balik.
Memang tak dapat lah Iza nak sampaikan pun.

Naik je kete my yayang ajak singgah giant mall
seksyen 13 Shah Alam sebab konon nak
cari barang untuk ice cream.
Sbb yang kat rumah stok macam nak habis dah.
Sebelum ke giant mall kami
singgah di Tesco dlu konon
nak bandingkan harga mana yang lebih murah.
End up bosan kami keluar
sbbnya kat Tesco sgtlah tak banyak choice.
Tak tahula kalau Tesco tempat lain.

Sampai giant mall perut Iza mcm buat hal
pulak. Kepala a bit dizzy dan rasa
mcm nak muntah.
Nak kata x makan n perut masuk
angin x mungkin sbb sebelum masuk kelas
kami singgah di Seksyen 2 makan
kat Ani Sup Utara.

Atau mungkin healing process
sebab makan supplement shaklee.
Hehehe. Nak jugak promote tuh.
Hahaha.
Hanya yang mengalaminya sahaja
boleh berkata demikian okeh.

Masa lalu masuk kat giant tu
ada lah lalu kat bahagian ice cream.
Terus teringat kat customer
yang Iza delivery ice cream ptg smlm
sebelum g kelas.




Customer tu ckp
"kak, ice cream akak yang flavor oreo ni
hampir sama dengan ice cream Haagen  Dazs"

Wahhh! Terus terkesima.
Rasa syukur sbb dihargai mcm tu.
Ayat mcm orang menang anugerah plak.
Pastu my yayang tanya,
brp harga ice cream Haagen Dazs ni?
Tengok2 RM30 ++...
Hahaha. Terus my yayang
ckp, kite punya RM2 aje..:)
**Promosi Lagi**


Then kuar giant mall nak balik rumah.
Tbe2 rasa mcm lapar pulak.
Terus ckp kat my yayang Iza nak makan
tapi x nak makan heavy
nak yang ringan2 aje.
Nak roti arab / roti puri.

So singgah lah kami di Mr.Kabab Restaurant
kat Presint 15, Putrajaya.
Makan lewat malam amatlah tidak baik.
My yayang kena lah turutkan
sbb wife die akan sambut hari istimewa lagi 1 jam.
Hahahaha.
Then mmg Iza x suspek apa pun kat die
sbb sebelum2 ni die biasa2 je
klu ada hari istimewa.
Maka Iza pun dah lali dgn keadaan tu
dan jadi tak kisah
yang penting wish dan doa
yang diucapkan.

Selesai makan, pulanglah kami
ke rumah.
Sampai rumah Iza landing la
jap atas katil sebab mcm penat sgt rasa.
My yayang dh bising suruh g mandi
bersihkan badan.
Iza masih landing kat katil
sbb catit stok ice cream yang dah keluar
n masuk. Wah, mcm biz.
juta-jutaan plak. :)



Siap ada buku resit okey.
Tak tahan betul.
Sebelum ni main letak je hasil duit
ice cream dalam box khas
tapi x catit apa2 pun.
So bagi mengelakkan keterlupaan
berapa modal dan berapa hasil
maka Iza decide buat buku resit
dan catit dalam buku nota.

Tapi............
Masa tgh ralik buat menda alah ni.
My yayang beriya suh bangun.
Iza ni mmg malas lah nak bangun.
Konon die nak suh Iza buat senaman
renggangkan otot sebab Iza
asyik sakit pinggang memanjang.
Iza pun dgn malas menuruti permintaan
suami tercinta itu.

Opppss! Sebelum tu my yayang
ada mintak lilin wangi ikea
sbb katanya dah lama x pasang lilin.
Iza pun tunjuk la dalam kabinet.

Die pun gigih lah nyalakan lilin tu.
Iza x lah syak apa2.
Ale2 sampai je depan kat meja makan
die nyanyi lagu happy birthday.
Wahhh!! terus rasa mcm.
Hah?! Apa yg berlaku ni?
Serius Iza ingat lilin yang nyala atas meja makan tu
lilin wangi ikea sbb lampu satu rumah
ditutupnya.


Tengok2 ada kek yang comel ni
berserta lilin yang menyala
angka 27.
Dengan tulisan
"Selamat hari Jadi Sayangku,
Sweet 27 Muah"

How sweet.
Terus rasa berbunga riang hati.
Mcm x sangka yang my yayang buat mcm tu.
I mean i know him a lot
before this.
Die bukanlah lelaki
yang romantik sgt dan suka
menunjukkan / meluahkan
rasa kasih sayang tu
pada isteri die ni hah.

Tapi bila die buat surprise
sekali-sekala mcm ni terus rasa
mcm terkejut sgt.

Apa pun terima kasih banyak kepada
suami tersayang.
U really make me happy n feel appreciated.
Tak lupa juga terima kasih
kpd kawan2 yang sms / viber
dan wish di FB.
Moga kalian semua dilimpahi barakah
sempena hari Jumaat
kerana telah mengucapkan
dan mendoakan yang baik2 untuk insan
dan hamba Allah ini.
Moga kita semua di dalam
jagaan dan rahmat Allah.
Wallahu'álam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

îzzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails