click this to be awesome person

Friday, 8 February 2013

Sedang Diuji

Salam Alaik

Mari sama-sama kita renungkan
kata-kata yang dipetik dari 
buku "Kau Hadir Dalam Munajatku"
hasil nukilan Ruhana Zaki


pernahkah sesekali terfikir,
mungkin ada org lain diuji disebabkan diri kita?
"disebabkan mulut kita yang celupar
dan perangai kita yang buruk,
org lain tidak tenang hidupnya
dan berasa dianiayai.
kita pernah membuka rahsia orang.
kita pernah menghina orang.
kita seronok mentertawakan dan
mengumpat keji orang.
kita gemar mencetuskan permusuhan.
kita menabur pasir di dalam periuk nasi orang.
kita pernah MENJATUHKAN org lain dengan 
cara yg tidak bermaruah.
semua dilakukan demi KEPENTINGAN PERIBADI.
cara SALAH sekalipun kita memandangnya sebagai
HALAL asalkan matlamat tercapai"

Apa yg Iza rasa skrg
ada kena mengena dengan apa
yang dibaca di dalam buku ini.
sebagai contoh "sudah berusaha berbuat baik,
tetap juga difitnah" 
maka, marilah sama-sama kita audit
dan semak diri kita.
tidak perlu bersikap hasad dan dengki
terhadap kesenangan dan kebahagiaan
orang lain.
itu semua rezeki kurniaan Allah.
tidak takutkah balasan Allah nanti?
walau betapa hebat dugaan
yang datang, Iza percaya bahawa
Allah sedang menguji iman hamba-Nya.
dan ketika itu kita berada
di dalam perhatian Allah.
dan Allah rindukan rintihan
dan aduan kita pabila DIA memilih
kita untuk terima ujian itu.


berusahalah untuk menjadi semakin
baik kerana kita sudah hampir ke
penghujung jalan.
masih belum terlambat utk
memperbaiki segalanya.
sedarlah wahai teman.
aku tidak mahu kau sesat
dan alpa dalam kemewahan
serta kesenangan dunia sedangkan
kau menganiaya org lain.
wallahua'alam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails