click this to be awesome person

Thursday, 7 February 2013

Munajat Seorang Hamba

Ya Allah
Kurniakanlah aku kefahaman terhadap ilmu-Mu
Kefahaman terhadap agamaku ini
Agar langkahku lebih terarah
Ketika mengemudikan usia

Ya Rabb
Aku hanyalah hamba yang dangkal
Adakala khilaf mentafsir kebahagiaan
Ada masa salah memilih jalan
Ada waktu alpa mengambil pengajaran

Ku ingin
Selagi usia masih ada sisa
Untuk mengenali-Mu sedekat-dekatnya
Untuk menggapai redha-Mu setinggi-tingginya
Berikan aku ilham 
Tentang kebahagiaan yang KAU rahmati
Tentang jalan yang terpuji
Tentang pengajaran yang mampu ku insafi

Aku ingin terus hampir kepada-Mu
Melalui dugaan yang KAU beri
Usah sesekali KAU melupaiku
Ketika aku diuji Ya ILAHI

**buku Kau Hadir Dalam Munajatku - 
Ruhana Zaki**

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Semoga ada manfaat di dalamnya-Ruhana Zaki

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Semoga ada manfaat di dalamnya-Ruhana Zaki

    ReplyDelete
  3. > Ruhana Md Zaki.
    :) sama-sama...terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ni...moga terus dikurniakan idea dan ilham di dalam menghasilkan buku yang memberi inspirasi jiwa :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails