click this to be awesome person

Wednesday, 6 February 2013

Addicted to Korean Drama :)

Salam Alaik.

Lama dah menulis sesuatu dalam blog ni.
Last entry pun Disember 2012.
Skrg dah masuk February 2013.
Tiada ucapan selamat dtg tahun baru 2013 pun.
Tiada apa yang istimewa nye pun.
Harapan moga tahun ini lebih
memberi erti,
lebih membuat amal,
lebih menghindari dosa dan
memberi manfaat dlm hidup.
Amin.

Sekarang ni tengah cuti semester.
Bulan Mac 2013 ni masuk semester baru,
semester kedua terakhir sblm buat thesis.
Kemudian boleh konvo n grad dgn bahagianya.
Tahun 2013 ni jugak Iza menunggu untuk 
pindah masuk rumah baru.
Menunggu kehadiran "org ketiga" :).
Menunggu tawaran jawatan baru.
Mcm2 lah nak baru.
Mudah2an dipermudahkan oleh Allah.
Amin.Amin.Amin.

Sejak akhir2 ni dah TERminat dgn drama2 
Korea kat channel astro 393.
Bila balik keje, settle cepat2 keje rumah.
Mandi2, solat semua pastu dok
depan TV sambil stand by kuaci.
Dah terikut2 hobi my yayang,
kalau tengok TV je mesti kunyah kuaci.
Hikss.

Antara drama n rancangan TV korea
yang Iza n my yayang layan skrg adalah.

1. Rancangan Running Man
2. Drama Welcome Rain to My Life
3. Drama Stay With Me My Love



~ Rancangan Running Man yang sedang trending skrg.
Sangat kelakar dan penuh dengan aksi-aksi
spontan ~


~ Jae-Suk, Suk-Jin, Ji-Hyo, Jong-Kook, Haha, Kwang-Soo 
(sepatutnya ada sorang lagi iaitu Gary) ~




~ Antara pelakon yang menjayakan watak masing2 dalam 
drama Welcome Rain To My Life ~



~ Cerita berkisahkan seorang wanita yang bernama Han Dan Bi (tengah)
yang sentiasa menghadapi masalah dalam hidupnya kerana 
mencari keluarga asal / kandung dan dalam usaha
mencari itu pelbagai dugaan yang diterima. Dalam pada masa
yang sama, hadir 2 orang lelaki yang begitu setia
menemani di sisi. Peguam Lee (Kiri) dan Tuan Choi (Kanan). 
Cerita ni penuh dengan tangisan air mata, 
dah nama pun welcome rain to my life kan? So hujan memanjang. Huhuhu ~





~ Drama yang kedua Stay With Me My Love ~



~ Pelakon utama yang memegang watak Do Mi Sol :
Wanita yang ditinggalkan setelah "dibuntingkan" 
oleh teman lelakinya 
masa zaman persekolahan ~



~ watak Lee So Ryong : lelaki yang sentiasa ceria
dan lelaki yang kedua hadir di dalam hidup Do Mi Sol 
serta merupakan rakan sekerja sementara. Mereka mula
menjadi rapat sejak bekerja bersama ~


~ watak Go Suk Bin : lelaki yang telah membuntingkan
Do Mi Sol, telah berkahwin sekembalinya 
dari Amerika kerana terpaksa mengikut kehendak
maknya untuk mengelak daripada menerima 
malu atas perbuatan anaknya dan Do Mi Sol ~

Lepas2 ni xtau pulak drama apa yang bakal
menyusul setelah habis cerita2 ni hah.
Tapi xdelah heran sgt kalau missed
sbb dah ada astro PVR, so record siap2.
Kalau terlepas boleh layan sekali gus
masa weekend.

Waa.. sungguh x sabar nak bercuti
sempena Tahun Baru Cina ni.
Selamat bercuti semua. :)

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails