click this to be awesome person

Thursday, 18 October 2012

Idola Selamanya

Salam Alaik

Isnin lepas Iza keluar kejap 
pegi JKR WPKL, pejabat arwah ayah
untuk amek duit sumbangan 
yang diberikan oleh pejabat berkenaan.

Sebelum ni mereka belum 
berkesempatan nak bagi kot.
Klu tak Iza kena pegi amek hari Jumaat
(12.10.12) tu tapi Iza kan 
ada temujanji ngan doktor
dan dapat MC so
tak jadi pegila.

Masa amek duit sumbangan tu
hati Iza rasa sayu sgt.
Sebab terkenang saat Iza pegi 
dinner kat situ dengan my yayang
beberapa bulan yg lepas.

Al-kisah masa tu Iza x brp
nak ingat sgt jalan pegi situ,
then kiteorg berpusing2 dalam kawasan tu.
Kejap2 kan call ayah.
Sampaikan my yayang dah fade up.
Cari punya cari, tanya org sume tak jugak 
jumpe.
Lastly setelah sekian lama 
berpusing-pusing dalam kawasan tu
ayah call kata die tunggu
kat pintu masuk utama.

Alhamdulillah jumpa.
Tapi sgt terkejut yg ayah sanggup
jalan kaki jauh jugak la 
nak sampai ke pintu masuk utama tu.
Sebabnya ayah taknak naik kete 
adalah nnt susah nak dapat parking balik.
Ya Allah sgt terharu.
Then bila jumpa je ayah, 
terus ayah masuk dalam kete dgn 
termengah2.
Tibe2 rasa bersalah.
Sambil nak sampai ke hall CIDB tu
banyak jugak lah anjing berkeliaran.
Mcm mana lah ayah jalan kaki td 
dengan anjing byk2 ni?

Yup. Di situ terbukti kasih syg nya
kepada anak menantu dan keluarga.
(dah bergenang air mata ni)
Sekarang mcm percaya tak percaya
je yang ayah dah tiada.
Doa anak2 mengiringi arwah
moga tenang di sana.


Masa ambil duit sumbangan tu 
JKR WPKL bagi Sijil Penghargaan ni buat arwah.
Arwah memang berhak terima anugerah
pekerja terbaik dan cemerlang
sebab sepanjang Iza membesar
bersama arwah, arwah sgt rajin bekerja.
Terkadang sampaikan masa 
tengah cuti dan holiday dengan 
keluarga pun arwah sibuk bekerja
dengan segala lappy dan 
dokumen2 lain.
Mana taknya, servis arwah dalam 
kerajaan hampir cecah 
30 tahun kalau tak silap Iza.
Sebab mak pernah cerita yang arwah
memang dah keje dgn kerajaan
masa bujang lagi sampai
lah ke akhir hayat.
Dan arwah setia hanya pada JKR sahaja
sebabnya memang skim J.

Kerajinan dan kecekalan arwah 
akan Iza jadi kan kayu pengukur
dan bekalan semangat
untuk meneruskan kehidupan ini.
Insya'Allah, moga Allah pertemukan
kita sekeluarga di akhirat sana
dan moga2 kita berada di jannah-Nya.

Alang sangat sygkan ayah.
Al-fatihah.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails