click this to be awesome person

Tuesday, 30 October 2012

Hp Hilang

Salam Alaik.

Walau pun dah 2 hari kehilangan 
hp kesayangan Iza.
Tp masih terasa di hati.
Emosi nya sungguh kuat.

Yup.
Hp Iza kemungkinan tercicir atau
menjadi mangsa kepada
penyeluk saku tegar di mana-mana
tempat terbuka terutama
tempat yang ramai org bersesak-sesak.

Sebenarnya Iza dan my yayang
bawak mak Iza pegi berjalan ke pasar lokin, Ipoh.
Pasar tu lebih kurang mcm pasar karat
kat JB lah.
Banyak jual barang2 unik,
antik dan pelik even barang 2nd hand
pun diorang jual.

Raya haji Iza n my yayang 
beraya umah mak Iza dlu kat Gombak.
Then petang raya tu baru gerak balik Ipoh.
Mak Iza follow sekali sebab ada kenduri
sebelah my yayang.

So nak dijadikan cerita masa kat 
pasar lokin tu (raya haji ketiga)
my yayang ada call, sbb Iza dan mak Iza
pegi tengok barang2 kat side lain..
My yayang pegi side lain.

So kami berpecah.
Before tu my yayang dah ingatkan
suruh hati-hati dan jaga bag Iza 
dan mak Iza.
Iza pun okey je la.
Then masa letak hp tu dalam 
beg (sling bag) yg mana
bahagian depan bag tu betul2 ada 
melekat kat depan badan Iza.
So tak kisah sgt lah kalau ada
orang nak seluk ke mesti nampak.

Nak dijadikan cerita Iza lepas je dr simpan
hp tu dalam bag Iza x double-check 
spt mana kebiasaan yg Iza buat 
tiap kali outing.
Even dah masuk kete,
dah sampai umah mak mertua sume
Iza x tengok pun hp dalam bag.
Siap tido lagi.

Tersedar masa bangun dari tido tu
baru teringat nak tanya my yayang.
Then my yayang kata mungkin jatuh dalam kereta kot.
Bersungguh cari dalam kereta.
Sah takde.
Minta my SIL yang Ina tu 
call hp Iza tu.
Ina kata no tu off.
Iza mcm...blur campur blank...

Hati mula rasa tak sedap.
G ngadu kat my yayang.
My yayang kata suh cari betul2.
Siap mcm nak gadoh dah.
Cari punya cari memang tak jumpe.
Lastly Iza call digi centre mintak
diorang block no tu sbb guna line kan.

So satu umah kecoh cari hp Iza tapi
x jumpa.
Kebarangkalian tercicir atau 
menjadi mangsa penyeluk saku
di pasar lokin adalah sangat tinggi.

Mana taknya, sedang ralik tengok barang2
siap bersesak ngan orang.
Mesti x berapa sedar yang 
hp tu dah takde.

Sangat sedih sbb hp tu beli
sempena anniversary last year.
Then hp tu terlalu banyak sentimental value.
Banyak gambar2 dan video
kenangan bersama family
terutama ngan arwah ayah.
Tu yang mcm tak boleh terima hakikat.
Kat mana la hp tu ada skrg.
Silap2 dah kena jual.
Sedihnya.
Sejak2 hp hilang
Iza macam x boleh tido.
Kul 2/3 pagi baru leh lelap.
Stress pun ada.

Skrg guna i phone arwah ayah
buat sementara waktu nak beli yang baru.
Macam serik nak beli sbb
x sanggup nak merasa hilang hp.
Ntahla.
Mungki dah rezeki Iza guna hp tu
setahun je.
Terpaksa halalkan dan redha.
Harap sgt orang yang jumpa hp tu
tak salah gunakan segala maklumat dan
gambar2 yang ada dlm hp tu.
Ralatnya....


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails