click this to be awesome person

Monday, 15 October 2012

Dapat "Medical Certificate" di Hari Jumaat

Salam Alaik.

Jumaat lepas pagi2 lagi Iza 
dah kelam kabut sebabnya terlambat bangun.
Fuh! Subuh pun ntah ke mana.
Ale2 qada' je. Salah sendiri sbb x sedar,
even alarm dah berbunyi.
Pasrah.
Then siap2 bagai terus keluar rumah.
Tunggu lift.
Boleh tahan lambak jugak.
Pas dah naik lift boleh plak
lift tu berhenti hampir setiap tingkat.
Bayangkan dari tingkat 9.
Alahai... Memang selalu kalau kita nak cepat 
akan jadi lambat. So sedapkan hati lah yea.

Sampai dekat kereta tengok ada beberapa
buah kereta yang blocking.
Fuh... Mencabar betul pagi2 kena mcm tu.
Try tolak viva...Okey, berjaya.
Masalahnya space depan viva tu tak banyak.
So tolak agak2 je la.
Then belakang viva pulak adalah saga.
Yang ni mencabar sebabnya saga tu
tayar depan adalah sangat hampir dengan
bonggol. Uwaaaa... Rasa nak nangis.
Dah cuba tolak banyak kali memang 
x gerak lah kan?
Orang lalu lalang naik kete 
hanya mampu melihat je wanita 
yang kecil molek ni usaha tolak kete
sorang2.
Ciss.. Xde ke rasa nak berhenti
dan tolong sy tolak kete?
Akhirnya mengalah sebab fikir
malas nak bagi beban kat badan ni.
Kang takut sakit lain pulak.
Lagi pun teringat kata doktor x boleh lasak
terus terdiam.
End up ada sorang pakcik ni
nak keluar. Then die tengok Iza mcm 
tengah stress lalu die tolong.
Yipiii! Terima kasih lah banyak2 pakcik.
Kepada yang suka blocking kereta orang tu
lain kali kalau space dah x mencukupi 
sila lah letak di kawasan yang lapang
sket. Malas nye lah korang nak menapak kan?
Kalau nak letak kereta dekat sgt, 
angkut je kereta korang
masuk dalam lift pastu letak depan rumah.
Dalam rumah pun boleh.
Haishh..X sabarnya nak pindah, 
sbb boleh letak kereta depan umah.

Temujanji Iza dgn doktor sbnrnye kul 9.00 pg,
tapi saja nak datang awal nak rebut tempat
letak kereta.
Malas nak berjalan jauh sbb
pasti temujanji tersebut 
memakan masa lebih dari 2 jam.
Percayalah, nak2 hari Jumaat.
Sampai je kat kaunter pendaftaran
orang x ramai sangat mcm selalu.
Sebab sebelum kul 8.00 pg kan.
Awal gila sampai kata ko.

Dah amek nombor, 
terus pegi letak buku temujanji tu 
kat klinik onkologi & ginekologi (O&G).
Staff nurse pun mcm dah biasa
nengok muka Iza ni hah.
So Iza pegi beli breakfast dlu siap2.



Sambil tunggu giliran dan my yayang
sampai tu Iza pun baca buku ni hah.
Baru beli hari Khamis yang lalu.
Tengok tajuk terus rasa mcm menarik
lagi tertarik.
Ekekekekeke.
Bila baca je memang agak menarik.
Banyak tips yang perlu diamalkan.

Then tunggu punya tunggu punya tunggu.
My yayang pun sampai.
Die dari opis punch in dlu
then baru datang ke hospital.
Mcm Iza malas nak thumb print,
dah dapat time slip nnt senang
terus je bagi kat pihak yang berkenaan.
Bukan ape, malas nak patah balik 
dua tiga kali kerja.
Lagi pun naik kereta so mcm payah.
My yayang takpelah naik motor.
Boleh menciluk bagai.

Setelah menunggu hampir 1 jam setengah,
tiba lah giliran Iza.
Sebelum jumpa doktor jumpa
medical assistant untuk amek berat,
tekanan darah dan lain-lain.
Setelah itu baru lah jumpa doktor.
Doktor consult mcm2
then doktor suruh baring kat katil.
Bab2 baring ni Iza mcm fobia sket
sebab risau sejarah mungkin berulang.

Lama jugak lah proses berkenaan.
Sampai kan jam 12.15 tgh baru selesai.
My yayang pun sampai tersengguk2 ngantuk.
Bila selesai doktor bagi MC.
Then doktor sempat pesan,
pasni puan pegi amek ubat kat farmasi
dan balik terus ke rumah rehat.

Tapi Iza ni agak degil la
sebab tak balik rumah terus pun
tapi g jumpe Cik Hajar 
(bos lama masa kat KBS tu).
Memang dah janji ngan die nak 
lunch sama pun.
So amek die terus g Alamanda.
Sampai Alamanda terus g keluar duit
kat ATM sbb memang hajat nak beli kasut.
Dan telah membeli sepasang kasut flat
di sembonia.

Teruskan perjalanan mencari 
kedai makan untuk mengisi perut
yang lapar.
Yelah dari pagi hanya makan
waffle dan kuih je kot.
So nak makan berat sket tengahari.
Lagi pun Cik Hajar belanja.
Hihihi.

Kiteorang proceed ke Madam Kwan
kat area air pancut tu.
Satu floor ngan GSC dan bowling tu.
Kot ada yang x tahu.
Masa nak masuk tu Iza mula rasa mcm
sesuatu kat tang perut.
Fuh, ape hal ni.
Cuba buat2 tenang.
Okey dah hilang.

Then order makan dan minum.
Makanan dan minuman pun sampai.
Sambil2 makan tu 
bergosip lah kami.
Maklumlah lama tak jumpe.
Selalu whats app je kan.

Sekali tu Iza dapat rasa kan
ibarat tsunami melanda dalam perut Iza.
Sakit perut ya amat sangat.
Bukan sakit perut nak "melabur".
Tapi sakit perut mcm nak gugur.
Hah. Pernah rasa tak?
Weh, terus teringat kata2 doktor
yang suruh balik rumah rehat.
Tp degilkan siap g jalan2 beli kasut bagai.
Hamek ko.
Muka dah pucat lesi dah.
Badan mula rasa seram sejuk.
Dalam hati terdetik, confirm ubat yang doktor 
masukkan tadi tu baru nak bertindak balas.
Pandangan mula kabur.
Terasa seakan2 nak pitam.
Cik Hajar ajak balik.

Masa nak jalan keluar dari kedai tu
rasa mcm nak jatuh, nasib sempat berpaut 
kat Cik Hajar.
Cik Hajar pun agak risau.
Sebab Iza memang x leh nak diri langsung.
Terus duduk kat kerusi batu sepanjang
air pancut tu.
Cik Hajar suggest amek wheel chair..
Owhh.. Tidak2...
Masih memikirkan kejelitaan kalau naik 
wheel chair jatuh lah saham.
Boleh?
Pd hal tengah sakit tu.
Muka pucat lesi.
Jalan pelan2 berpapahkan Cik Hajar.
Dah mcm jalan pakwe-makwe
sbb berpeluk bagai.
Jangan orang ingat lesbian udah.
Wakakaka.
Sampai kat kereta bagi kunci 
suh Cik Hajar drive then drop kat
opis my yayang.
My yayang hantar Iza balik.
Geleng kepala nengok wife yang 
agak degil. Sakit2 pun nak g berjalan.

Sampai umah terus salin baju,
makan ubat then landing atas katil.
Masa tu tak fikir ape dah.
Sakit perut makin menjadi2.
Seolah2 senggugut tapi lagi
kuat. Ale2 tertido sampai tak sedar 
dah azan.
Bangun2 tengok dah nak kul 7.30 mlm.
My yayang call tanya mcm mana sume.
Alhamdulillah okey sket selepas
makan ubat.
Tapi masih tak boleh bergerak banyak
dan tak boleh lasak.
Bayangkan nak solat pun kena
duduk.
Nak jalan pun kena pelan2 mcm orang
dalam pantang.
Sabar jela.



Maka tergendala lah rancangan
dan rencana kami nak g holiday
sempena 3rd anniversary tahun ini.
Pasrah dengan segala ketentuan.
My yayang kata takpe, next time kite g.
Yang penting wife abg sehat yea.
Ayat penyedap hati katakan.
Lalu terus merenung kasut yang kunun
nak dipakai masa g holiday tu.
Kunun la nak stay JB...
Then pegi USS bagai.
Tapi hanya tinggal angan2 aje la.
Mungkin belum rezeki.
Pendamkan sahaja.
Nasib tak bayar deposit booking 
hotel dan tiket USS.
Klu x membazir saja.



Xpela, as long as
my husband sentiasa di sisi 
x kira walau apa jua keadaan
itu pun dah cukup bermakna buat Iza.
~him...gifted from Allah~

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails