click this to be awesome person

Wednesday, 10 October 2012

10.10.12 - Rabu

Salam Alaik.

Hari ni hampir separuh hari
Iza kat Hospital Putrajaya.
Ada temujanji ngan doktor pakar
kat klinik O&G.

Appointment ngan doktor 
jam 9.00 pg.
Tp as usual kalau g mana2
klinik/hospital kerajaan
mmg kena pergi awal sejam.
Itu adalah normal sila
akur dalam keterpaksaan.

Iza sampai kat hospital lebih 
kurang kul 8.00 pg.
Jarak dari rumah ke hospital adalah 
x sampai 5 minit.
Tapi setelah berpusing2
mencari tempat letak kereta
yg lebih dekat ngan pintu masuk
adalah sgt mustahil.
So pasrah, pusing balik keluar
dari kawasan hospital
pegi cari parking kat area ERL (train).
So menapak lah berjalan dari
parking ERL ke hospital.

Mengah x yah ckp la sbb nya dah 
lama x exercise.
Then sampai2 tgok2 kat
area pendaftaran org mmg ramai
sampai x ckup kerusi.
Sedapkan dalam hati,
yang diorang semua ni xde appointment.
Mesti walk in je ni.

Terus g tekan butang B (utk O&G)
then dapat nombor 2042.
Nombor skrg adalah 2034.
Okey, terus cari tempat duduk.
Keluarkan buku dan mula baca.
Sambil2 baca sambil2 tengok 
gelagat org lalu lalang.
Sempat juga jumpa ngan ex-officemate 
masa kat KBS dlu.
Bertegur sapa bagai.
Then mcm biasa no Iza akan
naik dlu sbbnya ada temujanji.

So dah register terus
g kat Klinik O&G.
Letak buku kecik n kad appointment
kat dlm bakul temujanji jam 9.00 pg.
Terus blah cr tempat duduk.
Part ni memang lama la.
Bole berakar punggung kata ko.
Then dalam pukul 9.45 pg mcm tu
staff nurse panggil nama.
Terus pegi then timbang berat
dan amek tekanan darah dan lain2.

Duduk lagi tunggu no giliran 191 appear kat
skrin ruang menunggu.
Part nak jumpa doktor ni mmg 
memerlukan tahap kesabaran yg amat tinggi.
Hanya org yg selalu alami je bole
hadapi.
Klu setakat baru sekali dua kali
memg fade-up.
Cth terbaik adalah my yayang.
Mesti akan merayap mana2 then
klu dah kena panggil doktor baru 
sibuk kelam kabut call Iza sbb
cari Iza tak jumpa.
Hah, baru tau.

Dekat kul 11.00 pg dapat jumpe doktor.
Doktor tengok report treatment sebelum
ni, then consult apa yg patut.
Then doktor suruh baring kat katil.
Part ni seram sket sbb dah pernah
alami sebelum ni.
Dan yg tak thn doktor suh bukak 
"seluar kecik".
Lagi bertambah suspen.

Selepas itu terasa seperti ada tusukan.
Owh, masuk kamera rupenya.
Gila nak masuk x bagi tahu.
Main seluk cenggitu je.
Senak dan rasa nak tendang je
doktor tu.
Tp sabar kan diri.
Bergenang jugak air mata.
Okey, doktor kata everything okey.
Normal dan bla..bla..bla..

Then g farmasi amek ubat.
Malam ni kena g amek injection 
kat area dewan bersalin tu.
Mcm ngeri pulak.
Hmmm.
Hari jumaat ni appointment lagi.
Hope so my yayang ada masa
untuk teman wife die ni.

So masuk opis dalam 
jam 2.30 ptg.
Sume org tegur nampak muka
mcm kurang sihat sebab pucat.
Malas nak borak2 pergi tempat 
sendiri dan buat hal sendiri.
Hmm..Masih terasa sengal2
akibat tusukan mengejut tadi.
Dahla "masuk" mengejut,
"keluar" pun mengejut.
Rasa mcm hampir putus nyawa.

Terus terbayang mcm mana
lah klu nak bersalin akan datang?
Patutla pahala ibu bersalin
bersamaan dengan pahala org
pergi berjihad.
So para suami, sayangi lah isteri anda
seadanya x kira masa dan ketika.
Sebab mereka sanggup 
bersusah payah dan bersengkang mata
untuk menanggung kesakitan
saat mengandungkan, melahirkan
dan membesarkan zuriat (benih)
anda. Tanggungjawab bersama 
amat penting.

Sekian perkongsian
temujanji pada tanggal 
10.10.2012.
Wow, lagi 7 hari nak
sampai ke tarikh anniversary 
kami. Teruja.
Teruja nak g holiday + honeymoon.
Lokasi?
Masih dirahsiakan.
Klu dah pasti barulah 
diberitahu.
(bajet.artis.ternama)

**terima kasih kerana membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails