click this to be awesome person

Monday, 24 September 2012

Genap 3 Bulan Arwah "Tiada"

Salam Alaik.

Tanggal hari ini 24.09.2012
hati menjadi sayu.
Cuba pujuk hati untuk 
tidak begitu ingat tentang 
peristiwa paling sedih.
Cuba untuk terus redha dgn 
segala ketentuan 
dan takdir Allah.

Akan tetapi...
sebaik membaca sms
yang dikirim oleh
mak, hati diselebungi sayu
dan syahdu...
Mengalir air mata 
membasahi pipi...
Terasa panas seluruh anggota
badan dan dada berombak...
seketika teringat diri
di pejabat, terus hilangkan emosi
sedih dan sayu itu...

Hari ni...
genap 3 bulan arwah ayah
kembali ke rahmatullah.
Semalam sempat ziarah pusara arwah.
Menjadi tenang pabila
menjengah pusara arwah...
Walau pun tiada
jasad dan wajah yg dapat ditatap..
Tiada tubuh yang dapat ku rangkul...
Tetapi cukup membuat rindu hati
ini terubat walau sekelumit cuma...

Allahuakbar...
Memang besar dugaan-Mu ya rabb..
Moga hamba-Mu ini tabah 
dan terus istiqamah 
menjalani hari-hari akan datang..

Sesungguhnya 
memang hati ini 
sunyi sepi tanpa kasih sayang mu
wahai ayah.

Alang sayangkan ayah...
Kami semua sayangkan ayah...
Moga kita kan bertemu
di syurga firdausi hendaknya...
amin..amin..amin..

Al-Fatihah
buat arwah ayah
dan mereka yang telah 
meninggal dunia...


**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails