click this to be awesome person

Thursday, 30 August 2012

Perkongsian Ilmu : Menu Rasulullah

Salam Alaik.

Sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan Syawal.
Dan seperti menjadi kebiasaan,
kita akan dapat banyak undangan
menghadiri rumah terbuka sini sana,
baik dari saudara mara dan rakan taulan.
Cuma pabila kita menjamu selera tu
usahlah berlebih-lebihan.
Kerana dalam Islam pun perkara yang 
dilakukan secara berlebih-lebihan adalah dilarang.

Sebagai peringatan untuk diri Iza dan juga
sahabat sekalian.
Iza nak kongsikan sedikit info tentang
Menu Rasulullah S.A.W
(sumber diambil dari Majalah SOLUSI isu no.47, m/s 24)

Rasulullah tidak pernah mengada-ngada nak makan itu ini.
Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia.
Bukan itu sahaja, 
bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediannya tidak rumit.

Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullah s.a.w???
Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan 
oleh Rasulullah s.a.w.

  • Kurma dan air kosong
  • Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
  • Roti yang dimakan dengan cuka
  • Roti yang dimakan dengan minyak zaitun
  • Roti yang dimakan dengan keju
  • Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
  • Roti yang dimakan dengan kurma
  • Kurma dengan mentega
  • 7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi)
  • Kurma dan tembikai
  • Timun dan kurma

Lihatlah betapa sederhana dan sihatnya hidangan Baginda.
Namun dengan kuantiti yang sedikit pada pandangan kita itulah, 
Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan ALLAH,
malah Baginda mampu menjana tenaga yang diperoleh melalui makanan itu
untuk tujuan ketaatan. 
KITA BAGAIMANA?

**sumber dari google**

Sama-sama kita muhasabah diri.
Moga-moga kita dapat perbaiki
cara pemakanan kita.
Di samping dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan
ia juga menjadikan kita hamba-Nya 
yang lebih bersyukur atas nikmat
yang dikurniakan.
Wallahu'alam.

**terima kasih kerana membaca**

^izzah_nhkm^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails