click this to be awesome person

Wednesday, 29 August 2012

Kali Pertama Sambut Raya Tanpa Insan Yang Bergelar Ayah

Salam.

Masih belum terlambat untuk Iza ucap 
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf sbb lama menyepi.
Belum ada minat dan kekuatan untuk
update blog ini.
Walau pun telah 2 bulan arwah ayah
pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Tetapi seolah2 masih baru lagi berlaku.
Tahun ni sambutan raya x mcm
raya2 sebelum nya.
Arwah ayah tiada untuk kami
salam mohon ampun dan maaf.
Apa pun masih bersyukur kerana
masih ada mak.
Memang kami akan jaga mak dan 
ambil berat ttg mak sepenuhnya.
Memandangkan maklah org yang paling
sedih dgn pemergian arwah.



~ Eidulfitri 1433H : tiada arwah ayah di sisi 
(suami Iza dan abg ipar Iza pun on duty) ~

Benar lah kata orang.
Pabila kita mengalami kehilangan 
insan yang paling berharga dalam kehidupan kita,
kita akan lebih menghargai erti kekeluargaan.
Buat masa ni Iza maish belum mampu
bercerita bagaimana keadaan
arwah ayah Iza sebelum menemui ajal.
Masih belum ada kekuatan.
Insya'Allah jika diizinkan Allah
akan Iza update.
Jika tidak anggap saja semua itu
tidak ada rezeki untuk Iza 
bercerita.

Al-fatihah buat arwah ayah Iza
Kamarun Majif Bin Abu Bakar
14.11.1955 hingga 24.06.2012
(56 tahun dipinjamkan nyawa untuk hidup di dunia fana ini)
Moga2 arwah tenang di sana
dengan kiriman doa daripada anak2 dan menantu
serta muslimin dan muslimat sekalian.

**terima kasih kerana membaca**

^izzah_nhkm^


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails