click this to be awesome person

Thursday, 19 July 2012

Rindu Pada Arwah (Hari Ke 26) 29 Syaaban 1433H


Salam.

Hari ni genap 26 hari arwah ayah
meninggalkan Iza dan keluarga.
Masih terngiang-ngiang suara arwah.
Ya Allah, betapa kian menebal
rindu di dada kepada arwah.
Sehingga kan Iza menangis
teresak2 semasa sedang tidur.
Setakat ni tak pernah lagi
bermimpi kan arwah.
Setiap kali slps solat 
mengadu dan bermohon kat Allah
moga pertemukan Iza
dan arwah walau hanya dalam
alam mimpi.Tetapi masih belum dimakbulkan.
Takpe.Iza akan teruskan berdoa.
Allahuakbar.
Betapa hebatnya dugaan Mu ini.
Tabahkanlah hati hamba Mu untuk
mengahadapi segala nya dengan tenang 
dan redha.
amin.amin.amin.

setiap hari akan dengar lagu ni kerana 
liriknya amat menyentuh hati.
semoga Allah mengampunkan dosa-dosa
arwah semasa hayatnya.
dan berharap agar doa anak-anak
ini sampai kepada arwah
dan dapat membantu arwah
di alam sana.
Wallahualam.


di pondok kecil di pantai ombak

berbuih putih beralun-alun


disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis 
doakan ayah semoga sejahtera
diam adik ku sayang jangan menangis
walaupun ayah gugur pastinya dia syahid

wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah... ku cinta ayah...

duhai adik ku sayang jangan bersedih 
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
belajar berusaha walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon 
dosa ayah ku minta diampunkan
ku iringi doa rahmati dia
tempatkan lah ayah ku bersama kekasih Mu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails