Tuesday, 22 May 2012

Puasa Sunat Bulan Rejab (Bulan Allah)

Salam Alaik.
Salam 1 Rejab 1433 Hijrah.
Okey. Memandangkan hari ni adalah 1 Rejab iaitu pembukaan untuk bulan yang penuh dgn keberkatan jika kita berpuasa sunat.
Hah. Bagi kaum wanita yang nak membayar "hutang" puasa tu boleh lah berpuasa pada bulan Rejab. Niat puasa sunat dgn niat puasa ganti skali.
Jangan nak leka sgt ye.
Ni dah bulan Rejab....Bulan depan dah bulan Sya'aban iaitu bulan bagi Nabi Muhammad S.A.W..
Pastu dah bulan Ramadhan adalah bulan bagi Umat Nabi Muhammad S.A.W.
So kalau puasa untuk hari ni sambung je terus sampai lah "hutang" korang tu habis.
Jangan nak skip2 sbb nnt mood malas melanda.
Huhu.
Iza ni pagi tadi my yayang yang prepare makan untuk sahur.
How sweet! :) I like.
Sbb before tu Iza ckp Iza nak puasa sunat + ganti tlg lah support Iza.
Memang betul2 support lah suami sy ni.
Siap prepare burger ayam untuk sy.
Hiks! Tapi Iza mcm x lalu plak nak makan time sahur tadi.
Maklumlah makan pada waktu awal pagi sblm subuh.
Insya'Allah mudah2an puasa Iza hari ni dan akan dtg akan diterima oleh Allah.
Ni nak share sket pasal fadhilat puasa sunat di bulan Rejab.
Moga sama2 mendapat kebaikan dan keberkatan dari Allah. 
Amin.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

**Terima Kasih Kerana Membaca**

Izzah_Nhkm

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails