click this to be awesome person

Tuesday, 8 May 2012

Mohon Doa Kawan-Kawan Sekalian

**Wad 4B Hospital Selayang, Selangor**

Salam

Lama x update, tbe2 update pasal kes orang sakit.
Ye...Malapetaka jadi tanpa dirancang dan mmg x dpt dielakkan.
Adik Iza kemalangan motorsikal 05.05.2012 (Sabtu) yang lalu. 
Mengikut cerita smsa kemalangan, ada lori brek mengejut dan adik Iza x smpt nak elak so langgar belakang lori tersebut.
Dan masa pelanggaran tu dada adik Iza hentam bucu besi belakang lori tu.
Mungkin pelanggaran agak kuat so ada kesan luka di bawah dada (atas perut).
Agak panjang jugak luka tu, rasanya koyak tu pun my yayang yang tengok n bagi tahu Iza. Sbb Iza mmg x berani tengok bab2 ngeri2 ni.
Selain dari tu, pergelangan tangan kanan adik Iza patah.
Semalam baru pas bedah masuk besi kat pergelangan tangan die tu (terus terfikir, mcm mana lah die nak menulis esok2? mesti rase tak selesa. yelah, dah ada besi kat tangan kan?) 
Bukan setakat tu, ada sedikit darah beku kat hati die memandangkan hentakan kuat kat dada pada bucu besi lori tu. So setakat ni Dr. tgh pantau, kalau segalanya okey mean x yah buat pape. Tp klu x okey kena operate lagi. Ngeri + kesian pulak kat die.
Hmm... X tau nak ckp ape.
Masa terima berita ni pun Iza dan parents ade di Pendang, Kedah attend wedding anak buah my yayang. So kami berempat bertolak dr KL ke Pendang hari Jumaat pagi, dan sepatutnya balik ke KL ari Ahad petang.
Tp memandangkan ari sabtu hari tu (05.05.12), pas maghrib mak Iza dapat call dr Abg Iza yang mengatakan adik Iza accident dan ada dlm wad ICU Hospital Selayang. Sebagai seorang ibu, bila terima berita mcm tu ttg anak die mesti x senang hati kan?
Sampaikan boleh terjatuh masa nak amek barang kat kereta. Kelam kabut punya pasal pk nak balik cpt tgok anak kat hospital.
So mak Iza ketuk pintu bilik Iza (masa kat homestay Pendang) bagi tahu cerita abg Iza.
Setelah berbincang ngan my yayang n parents Iza kiteorg setuju utk balik on-the-spot. Memandangkan kiteorg dok satu homestay ngan my law family, so kena bg tahu ape yg jadi.
So my MIL pulak kelam kabut g umah pengantin amek kan barang2 makan tuk bekal bawak balik KL. So tggl lah my MIL, my FIL dgn both my SIL kat homestay tu.
Gerak dari Pendang lebih kurang kul 8.30 malam.
My yayang yang drive, mujur naik satu kete aje.
So x lah risau sgt.
Tapi agak laju jugak my yayang drive.
Spnjg perjalanan Iza x boleh nak lelap sgt, sekadar tdo2 ayam sbb risau kt my yayang drive sorang2. Stand by kot2 nak ganti drive.
Sampai R&R Sg. Juru berhenti jap, isi perut sbb memang kiteorg x makan lagi. 
Last makan masa kenduri tengahari tu.
Teruskan perjalanan lagi. Hari makin malam, makin gelap. Tapi nasib kereta kat hiway banyak. X lah rasa sunyi sgt. Sampai kat R&R Sg. Perak abg Iza call tanya kat mana sbb die kate lampu bilik ICU adik Iza tu dah bertukar warna. Mean, masa mula2 masuk lampu warna oren (separa kritikal) tp ni dah bertukar warna merah (kritikal). Abg Iza x nak call mak Iza takut mak Iza risau, so die just call update ngan Iza je. Then abg Iza bg tahu lagi yg Dr. nak jumpe ngan parents.
Walaupun abg Iza dah inform kat Dr. yang die abg kandung kpd adik Iza tapi Dr. still nak jumpe gak ngan parent. Sblm tu pun abg Iza dah ada sign banyak borang yang Dr. bagi. Wallahu'alam utk ape pun Iza kurg pasti.
Sampai kat Rawang, abg Iza call lagi tanya kat mana update lokasi.
So kiteorg sampai Hospital Selayang lebih kurang kul 2.30 pg.
Terus je ke wad kecemasan n trauma.
So mak n ayah Iza terus g jumpe abg Iza n bwak diorang terus ke wad adik Iza.
Sementara Iza n my yayang stay kejap kat kete. Then baru kiteorg naik.
Masa cr2 katil adik Iza kat dlm wad kecemasan tu, perasaan risau+takut menyelubungi hati Iza ni.
Doa dlm hati moga2 keadaan adik Iza x kritikal sgt.
Bile dah cr2 tak jumpe terus tanya nurse, nurse kata adik Iza dah dipindahkan ke wad 4B. So kiteorg naik lift g tingkat 4B.
Sunyi nye hospital tu hanya kami berdua je yg tahu.
Dahla jam kul 3.00 pg... Orang xde pun lalu lalang..
Klu Iza sorang2 mahu Iza lari balik turun ke wad kecemasan, dah tentu2 ramai orang.
Sampai kat wad 4B tu terus cari katil adik Iza.
Nampak mak, ayah, abg Iza ngan Dr. tgh kerumun kat katil adik Iza.
Tengok mcm x kritikal tp dgr Dr. explain terus rs sayu.
Nak2 tentang hati die problem tu. Dahla tangan nak kena operate masuk besi.
Hmmm.. No komen la..
So mohon doa rakan2 sekalian untuk doakan kesejahteraan adik Iza. Moga2 die pulih seperti biasa dan kuat semangat jalani dugaan dunia ni. Ape yang kiteorg sekeluarga harap moga2 hati die tak de ape2 sbb klu kena operate makin lama lah die kena duduk kat hospital. Iza bukan ape, kesian jugak kat mak Iza kena jaga adik Iza sorang2 kat hospital. Iza fhm mcm mana perasaan jaga orang sakit ni. Kena banyak sabar dan kuat semangat. Sbb Iza pernah jaga orang sakit kat hospital jugak. Dgn sakit2 badan sbb tdo atas kerusi. So klu cuti Iza lulus Iza nak tlg mak Iza gantikan die jaga adik Iza bagi mak Iza rest jap sehari. Buat masa ni along Iza cuti sbb xde orang jaga kembar. Tu pun mslh jugak takde org nak jaga kembar. Abg Iza lak baru je keje tak leh nak cuti. Ayah Iza pulak sibuk hal keje n lain2 urusan. So nak taknak kena lah byk tolak ansur. So harap2 sgt keadaan adik Iza stabil.
At least die dah boleh makan n bergerak mcm biasa pun dah syukur.
For now die masih lagi kena puasa since dr 05.05.12 tu. 
Ntahla. Dugaan betul. Moga2 masing2 dpt pengajaran yang sewajarnya.
Moga adik Iza jadi anak yang baik n soleh hendaknya.
Sbb kite ni bila ditimpa musibah (sakit yang teruk) insya'Allah akan terkesan dalam hati dan berubah ke arah yang lebih baik. Wallahu'alam.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. moga cepat sembuh yee adik iza... hati2x...

    ReplyDelete
  2. amin...mudah2an..TQ en.kazman..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails