click this to be awesome person

Saturday, 11 February 2012

Pengalaman Ujibakat Astro

Assalamualaikum.

Alkisah Iza nak kongsi sedikit pengalaman masa pegi ujibakat program on air oleh astro. Hahahaha! Marik kite gelak dulu. Mule2 memang x percaya yg Iza akan melibatkan diri dgn benda2 alah ni sume. Actually Iza ade satu cita2 dari kecik yang memang Iza berangan nak jadi penyampai berita / pembaca berita. Dr zaman sekolah lagi klu bab2 cikgu suh baca petikan ayat dlm buku teks memang teramat suke n konon2 baca mcm pembaca berita dlm tv tu baca. Hihi. Okey2. Mule2 ingat x berani nak pegi n face to face dgn all the juri yang teramat profesional tu kan. So end up my yayang bagi support suh try. Kot2 lah ade rezeki sape tahu kan? 2 hari Iza prepare task n cr topik yang sedang hangat sekarang ni. Seacrh jugak tips2 n mcm2 lagi lah dr internet. Kate nak jadi pengacara berbakat kena tahu n luas pengetahuan am dan semasa kan? 




Iza n my yayang sampai kat gate astro seawal 7.50 pg. Mase tu pun org dah mule ramai dah. Dahla kteorg x breakfast ape pun. Lagi pun Iza takut plak kang klu makan mule lah perut wat hal. So amek keputusan x makan wlu pun tahu padah menanti klu Iza skip breakfast. Lagi pun Iza x suke nak berebut ngan org ramai semata2 nak g register. Nak taknak kena lah tercegat kat pintu pagar tu sampai lah polis bantuan bukak gate tu. Masa pendaftaran kul 8.00 pg sampai 1.00 ptg... Masa ujibakat plak 9.00 pg sampai 5.00 ptg. Gile masa tu jantung mcm nak jatuh sume ada. Siyes rasa mcm tengah tggu diakadnikah kan je. Hehehe. Iza dress up simple gile masa tu, malas nak beriya pakai tudung lilit sbb pk nnt kang kalau kena tggu lame2 n kena berebut2 ngan org sure Iza rasa x selesa. Kang sia2 je pengsan pastu kena lenyek ngan org2 kat situ. Ohh..Tidak.. Heels pun Iza x pakai, pakai flat je. Sebab tu kot x sangkut. Hihihi.


Masa ni orang dah makin ramai dah. Iza pun mule lah ajak my yayang dekat2 sket ngan gate ni takut nnt org potong Q plak kan. Huhuhu. Tp my yayang tidak dibenarkan masuk sbb hanya yang nak diujibakat je dibenarkan masuk. Pelawat2 lain x boleh okey. Wah. Betapa strict nye mereka. Takut pulak Iza jadinya. Tp memang ramai gile okey. Dress up yang lain2 tu mcm nak g ujibakat mentor pun ade okey. Beriya. Hahaha. Iza je mcm take it simple. Hahaha. Pdn muka Iza. Klu tahu mcm tu for sure Iza tepek bedak n foundation duploh inchi tebal. Hahhaha. Xdela, Iza sbnrnye x suke sgt make up la. Rasa mcm x bp selesa. Just enough with light foundation, eye liner and simple lipstick. 


Masa nak register tu leh lak terjumpe sorang akak ni name die Kak Sal. Die keje kat MSN (Majlis Sukan Negara). Which is kalau ade event kat KBS dlu selalu lah jumpe ngan die. Yelah, Iza n the gang perform tarian lah nyanyian lah, die n gang MSN die perform aerobik n mcm2 la...Tu yaang terus jadi geng. Sbnrnye kiteorg terserempak masa kat pintu gate astro lagi same2 tengah dok nervous. Hehehe. Akak ni nak try wartawan sukan. Sangat sesuai lah sbb keje ngan MSN kan. Hehehe. Iza lak nak try pengacara Majalah. Hehe. 


Iza antara yang awal dapat no giliran. No 1431 tapi giliran yang ke 9. 1st batch untuk ujibakat pagi tu hari sabtu. Korang nak tahu x, sesi pendaftaran untuk pagi tu x dpt diteruskan sbb borang dah habis. So ramai lah yang bersesak kat luar gate astro tu dok bising2. Mase tu jam baru kul 10.00pg... Nasib lah Iza dtg awal. So tak yah bersesak ngan diorang tu. Syukur... 

So diorang yang x dpt nak register untuk sesi pagi kena dtg petang after lunch. Mase nak register tu isi borang punya lah panjang. Naik lenguh jari jemari ni. Dahla xde kerusi just sediakan meja je, nak taknak kena lah tulis sambil membongkokkan badan kat meja tu. Pastu ade satu soalan kat borang tu tulis
" jika anda menjadi Dato' Siti Nurhaliza apa yang akan anda lakukan?" 

Iza terus mcm blur, fikir ape kaitan pulak dalam borang ni tanya soalan ni? huhuhu. Musykil terus je abaikan dan submit borang tu kat kaunter pendaftaran. Tp sorry to say lah ek nak kritik sket pasal staff n kru2 program on air yang mengendalikan pendaftaran tu agak unfriendly dan garang nak mati. Iza ade lah tanya soalan sket tp x memasal kena marah. Jawab mcm kita ni nak mintak duit kat dieorang. Sombong sesangat. Rileks lah kak, tahu lah kiteorg ni dtg nak ujibakat tp akak jgn lah layan kiteorg mcm tu. Mcm lah kiteorg ni buat salah. Dahla, malas nak pk pasal sakit hati. Tumpang tanya pun nak marah n kena jeling. Sabar jela...

Then dah settle tu batch Iza yang giliran no 1 sampai no 45 dah kena follow sorang brother ni masuk dalam studio kecik. Ingat dah nak mula ujibakat tapi rupanya kena amek exam. Hahahaha! X sangka menda ni pun kena ade test. Korang nak tahu soalan2 yang ditanya dlm test tu? Soalan dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Hiburan, Pengetahuan Am dan Sukan. Ade yang Iza boleh jawab ade jugak yang jd mcm blur sbb slma ni just amek ringan je. Pdn muka kan. Yang paling kelakar Iza boleh tak ingat nama pengasas facebook, name pelumba F1 yang pertama kat Malaysia. Tu yang paling ralat. Pd hal benda tu simple je. Aiyoo.. 

Yang x tahan soalan sukan tanye pasal jurulatih pasukan chelsea. Hahaha. Rase nak je call my yayang tanya. Tp hp sume kena letak kat luar. Hahaha. Pastu soalan sukan lagi tanya pasal Piala Sumbangsih tanya pasal sukan basikal ACC sume. Pasal pengetahuan am tanya pasal siapa perdana menteri dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sampai yang terkini Dato' Seri Najib Tun Razak. Pastu bab hiburan banyak tanye pasal hiburan lah kan, xkan tanya bab lain lak. Tanya pasal selena gomez pernah mengacarakan rancangan ape kat channel Disney, tanya pasal siapa juara Sehati Berdansa musim pertama lah. Mcm2 lagila. Siap ade yang kena sound tak boleh meniru lagi. Hehe. Gila kentang. Tapi soalan pasal bab agama x dela ek? Hehehe. Tet! Salah channel lak. 


Ni masa tengah tunggu giliran nak diujibakat masuk dalam studio. Perghh!! Time ni rase mcm jantung dah jatuh kat lantai je. Pas sorang2 masuk. Pastu kuar bawak kad merah. Alamak! Takutnya. Pastu masing2 dah tak senang duduk dah pulak. Rupenya mase register tu astro dah siap2 bagi task ape yang kita kena buat. Mean kite boleh pilih kita nak buat task ape mcm ujibakat tu samada wartawan sukan, pembaca berita, pengacara majalah, pengacara hiburan, penyampai radio, pengacara konsert, pengacara rancangan kanak2 dan travelog klu Iza x silap lah. Iza ni prefer pengacara majalah sbb kan mcm ala2 formal sket kan. 

Belasah je la... Mase dok menunggu tu Karl Shafek (pengacara 3hari 2malam / Hip TV) tu ada lah bg tips2 kat kteorg yang menunggu ni hah. Karl Shafek kata, die sblm dpt jadi pengacara mcm skrg ni die dah pegi 10 ujibakat dah. So klu pegi kali pertama x dpt tu biasalah. Die kata its a good start. Hehe. Tp Iza dh tanam dlm hati klu x dpt memang x pegi dah sbb nya saje nak feel the experience tu mcm mane. Hehehe. Kata org x cuba tak tahu kan? Dah cuba baru tahu. :p 

Okey, turn Iza dah smpi...Ade brother ni dtg kat Iza pasangkan mic.kat baju... Time tu dah ketaq sume lutut ni hah. Rase mcm nak lari laju2 balik umah pastu nyorok bawah selimut. Pastu pk2 balik, dtg penat2 dr pagi takkan nak blah mcm tu je. Nak taknak kena redah, dapat tak dapat kena gak hadapi. Pastu bila dah masuk dlm tu dr jauh dah nampak Pak Nil, Suhaimi Sulaiman n juri jemputan Wan Zalehah Radzi. Try pujuk diri jgn terlalu nervous sbb kang satu ape x leh buat. 

Then Pak Nil suruh perkenalkan diri sume then terus je do my task. Masa tengah cakap tu Pak Nil menyampuk kata Iza dah keluar dr frame kamera. Oppss! Mane lah nak tahu terkeluar ke masuk ke. Sbb Iza x leh nak brdiri tegak je, adelah jalan ke depan sket. Hahaha. Pak Nil bagi 2nd chance, okey. Iza cube buat yang sehabis baik. But, not my luck. Pak Nil kata Iza ni xde jiwa. Xde WOW! Hahaha. Siap kate lagi, dik..Pak Nil rasa awak sesuai jadi pensyarah lah sbb awak ckp mcm bg syarahan kat org.. Ekk? Hehehe. Takpela, yang penting Iza dah mencuba dan atasi rasa ketakutan itu. So pas amek je kad berwarna merah (gagal) tu teus je blah, then Pak Nil n juri2 yang lain ckp terima kasih n jgn putus asa sume. Hihi. Itulah pengalaman yang x seberapa yang Iza ada. Korang ada?? hihihi. 

Tapi kan, nasib bukan Dang Suria yang jadi juri jemputan masa kat KL hari tu. Korang ada tengok x ujibakat kat JB tu? Teruk gila Dang Suria komen kat peserta2 JB. Sound direct je kata org gemuk la, x hensem la. Come on la... Kata x pentingkan rupa yang penting bakat. X sepatutnya keluarkan perkataan2 mcm tu. Name pun ujibakat, baru beginner. So x yah nak expect benda yang terlalu perfect. Klu x ape guna mereka sume tu g ujibakat kan? Why? Klu org tu gemuk n x hensem x layak jadi pengacara ke? Oprah Winfrey tu okey je? Tepuk dada tanya selera lah ek. Ape yang penting kite ni x mengubah sifat semulajadi yang Allah kurniakan x mcm "dia" smpai nak kena suntik botox kat bibir. Mintak maaf lah ye... 

Rasenya kalau dah namenye juri profesional tu elok klu jaga bahasa yang kita gunakan kepada peserta. X rugi kalau berbudi bahasa. Bukan x leh nak mengkritik yang negatif tp jgn terlalu merendahkan sgt diri seseorang tu. Tu dah jatuh bab menghina orang. Kan x baik tu. So same2 lah kita menjaga perilaku dan kata2 kita ni yea. Kang klu asyik kena sumpah n maki je ngan org diri kite gak yang merana. Ingat, bahasa jiwa bangsa. :) Peace! 

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. Bestnye akk pnh g audtion.sy trngn nk try pngcre tp xbksmptn lgi sbb bsy wkt blja

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. pengalaman berharga. walau tak melepasi stage berikutnya tetap rasa best. apa pun kena banyak belajar dan cari info. btw, best of luck yea

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails