click this to be awesome person

Monday, 6 February 2012

Mari Membaca :)

Assalamualaikum.

Baru je sekejap tadi Iza n my yayang balik dari Alamanda. Sbnrnye kiteorg x plan pun nak g Alamanda tu walaupun dekat je ngan umah kan. Alkisah tadi keluar g makan jap kat area Uniten tu which my fav.stall. Iza suke makan rojak mamak n cendol kat situ. So dah selesai makan semua my yayang suggest g Alamanda. Iza mcm x sure nak g ke tak. So end up pegi jugak. Pastu teringat plak yang voucher buku tu Iza x guna pun lagi. Ingat nak guna time ekspo buku kat PWTC 1 - 6 februari which is today is a last day. Tp malas pulak nak redah jammed kat KL tu. Almaklumla cuti umum confirm ramai orang menghala ke KL. 

So ingat nak gune voucher tu dua keping (RM100) kat MPH Alamanda. Ingat x lah ramai orang, rupanya ramai jugak. So Iza n my yayang pun jalan2 la dalam MPH tu sambil2 belek buku. My yayang pun ada amek buku yang die berkenan. Belasahla. Lagi pun buku ilmiah kan, x elok kalau nak berkira sgt. Mule2 ingat nak belikan buku untuk kembar yang menarik2 sket. Untuk hadiah birthday diorang, bulan depan kan genap 2 tahun budak2 tu. Tp pk2 balik, nnt la. 



So, ni lah hasil yang diborong. Semuanya 7 buah buku. Pelbagai tajuk dan pelbagai jenis. Semuanya RM108. So Iza bagi voucher rm100 then tambah lagi RM8... So now masih berbaki RM100 lagi voucher. Yang ni nak simpan tuk beli buku semester depan. Huhu.


Buku yang ni Iza nak hadiahkan kat Along Iza. Birthday die 24hb ni. So xde ape nak bagi kan, bagi buku ni pun bagus gak. Buku ni agak menarik, Iza dah baca summary nya kat belakang. Sgt sesuai untuk Along Iza jadikan panduan. Mudah2an. Jgn si kembar koyak2 sudah.


Yang ni pulak my yayang pilihkan untuk Iza. Die yang baca ringkasan buku ni. Die kate sgt bagus untuk Iza. Huhu. Perli ke ape? Antara yang terkandung dlm buku ni pasal tanggungjawab sbg seorang muslimah. Cara jaga aurat...**Gulp** Ye..Ye..Iza masih belum mampu nak menjaga aurat dgn sempurna yang mana dosa2 itu ditanggung oleh suami ku. hmmm...mudah2an sempat untuk berubah...Inysa'Allah.


Buku ni pulak my yayang sendiri yang pilih. Katanya cerita n penulisan buku senang nak fhm. Antara yang Iza sempat baca mase dlm kereta td pasal seorang murid bertanya pada seorang guru pasal solat. Knp perlu solat? Habis, Allah suruh kita solat tp Allah solat tak? Cikgu tu pun menjawab dengan ringkas berserta contoh yg amat sesuai. Soal cikgu tu pd anak murid yang bertanya. Knp kamu ke sekolah? Jawab murid, mak dan ayah suruh. Cikgu pun mula menjawab, sama jugak dgn soalan yang awak tanya tadi. Mak ayah suruh pegi sekolah, tp mak ayah awak datang belajar kat sekolah dengan awak sekali x? murid tadi menjawab, tidak. Cikgu pun membalas, hah..mcm tu jugak dgn perintah Allah. DIA menyuruh hamba-hambaNya solat tetapi TIDAK perlu pertikaikan tentang Allah solat atau tidak. Serupa jugak dgn mak ayah suruh pergi sekolah tetapi tak perlu lah pertikaikan kenapa mak ayah tak ikut pergi sekolah belajar bersama. Faham? Murid tu pun angguk dan faham dgn penjelasan cikgu tersebut. :)


Buku ni pulak menceritakan tentang kasih sayang dan cinta dalam hidup seseorang. Antara ayat yang memberi kesan adalah : untuk apa berkahwin kerana suka semata-mata, tetapi hidup jadi merana dan sengsara. Berkahwin sebenarnya perlu ada rasa kasih, sayang dan cinta bukan sekadar suka. Buku ni Iza nak hadiahkan utk my SIL (Ina). Birthday die 2 hari lepas. Elok sgt bagi kat die untuk die kuatkan smgt menempuh dugaan2 yang mendatang. Mudah2an Allah bersama nya. Amin.


So far buku ni menjadi kegemaran Iza. Sedang membaca buku ni dan sgt suka sebab banyak sgt membuka mata dan hati Iza yang selama ni menafikan banyak pekara. Huhu. Pas habis baca, nak suh my yayang pulak baca supaya sama2 fhm lepas ni. So biar suami fhm isteri, n isteri faham suami. Insya'Allah.:)


Last but not least buku untuk my beloved niece..si kembar le sape lagi. Bagi diorang praktis tulis ABC. Memandangkan skrg dah pandai pegang pensel so amat sesuai buku ni utk mereka. :) Jgn conteng dinding umah nenek korang udah. Kang x memasal Mak Lang korang ni kena marah ngan nenek. Huhu. Okey, thats it for today. 


**Terima kasih krn membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails