click this to be awesome person

Monday, 27 February 2012

Kota Keriangan Genting Highlands

Assalamualaikum.

Weeeeeeeeeeeee.......Wuuuuuuuuuuuuu......Wah! Mentang2 lah tajuk kota keriangan bukan main nak menjiwai lagi keriangan tu dengan intro wee...wuu.. tu.. Eh. Haruslah. Untuk pengetahuan korang, hampir 4/5 tahun gak lah Iza x menjejakkan kaki di Genting Highlands tu. Yang paling mengharukan, sejak kawen ngan my yayang ni kiteorg berdua pun x pernah berkesempatan nak ke sana. Hehehe.

Mungkin xde rezeki and kesesuaian masa kot. Mcm2 lah alasan dan sebab musabab nya. This time plan memang x berapa nak beriya sbb takut x menjadi. Actually kan Iza balik Ipoh last 2 weeks tu, idea nak ke Genting keluar dari situ la. My SIL yang suggest. Tp x sure sama ada Ina or Aida yang suggest. Memandangkan my PIL nak anta my SILs balik Politeknik PD so transit dlu kat Putrajaya ni hah. So diorang sampai Putrajaya ari Jumaat dalam kul 11.00 mlm mcm tu. Gerak dr Ipoh pas maghrib rasenye. Iza n my yayang dah stand by kat umah Ina awal2 kunun nak sambut mereka lah, sampai tertido2 penat kan.

Balik keje terus balik umah. Pastu mandi2 siap2 terus kuar amek Ina kat umah, then proceed g Alamanda makan kat Penang Village ke Penang Station ntah namenye. X brp nak lekat kat fikiran ni sbb nya x sedap. Ina mcm biasa suka makan laksa kat situ which is one of her favourite. Huhu. Selalu asyik die je belanja, sekali sekala meh bagi kakak ipar die belanja plak. :) Owh, gambar x ade sgt. Ade sekeping dua je lah dlm hp ni. Nnt2 lah tepek kat blog ni erk. So after makan terus gerak g cosway jap sbb nak beli barang sket, pastu g parkson nak cari frame gambar gantikan frame yang dah rosak kat umah. Then terus amek my yayang yang sibuk kemain ngan event Karnival WOW kat Putrajaya tu.

Then anta Ina balik umah, pastu teman my yayang makan kat Mr. Kabab sambil2 mata Iza dah mengantuk. Balik umah Ina terus lelap sampai my FIL sampai. Huhu. Then siap2 balik umah kiteorg balik sbb nye esok dah nak ke Genting. Weeee....:)

Pagi tu pas subuh terus iron baju my yayang n my dress. Malas nak beriya dress up sbb nak g Genting je pun bukan g Disneyland. Hehehe. Gila saiko. Pagi tu siap2 terus gerak g P15 umah Ina jumpe kat sane, so pergi 2 buah kereta. Pagi tu kteorg sekeluarga g breakfast kat medan selera dato' abu bakar baginda jap. Settle isi perut semua terus proceed masuk highway MRR2 ke Genting. Singgah petro stesen isi minyak n check angin / air kereta then terus shoot ke Genting. Syiokkknye... :)

Sepanjang naik bukit Genting tu bukan main my yayang tunjuk skill drive nye especially tang selekoh2 tajam. Iza lak kecut perut. Aiihh.. Klu ada baby dlm perut mau baby menendang sbb gerun ngan selekoh2 tajam tu. Eh? Ade ke? Ntah. X sempat check. Hehehe. My FIL pun sama naik, nak2 drive CRV so berlumba2 anak beranak ni tekan minyak tunjuk skill. Para penumpang yang rasa kecut perut especially my MIL. Hehehe. Sekali sekala kan. Asalkan masih mengekalkan ciri2 keselamatan okey la. Tapi dgn bangganya WTV naik ke Genting buat pertama kali nya dengan begitu lancar. Syukur. Great performance, tapi geram bile tengok superbike dengan sengaja nya lalu lintas memotong WTV. Syioknya kalau dpt membonceng superbike dan yang bawak tu my yayang. Hiks!


Okey. Sampai2 kat area first world hotel terus cari parking, tapi jenuh gak lah berpusing2 dalam basement tu sampai bape kali turun ke bawah baru ade parking. Masuk je kat indoor game ni masing2 terus check in toilet. Hehe. Sejuk katenye. Iza mcm biasa, terus rase mood nak bergambar dtg. Pe lagi, panggil my yayang suh jd photog x berbayar. Hikhik. Okey, favourite color Iza skrg ialah merah hitam. Then pegangkan hand bag my MIL sbb katenye malas nak bawak coz berat. Iza klu travel mcm ni lebih selesa pakai bag sandang belakang tu. Comel pun iya. My yayang kate mcm budak sekolah. :)


Cinta hati Iza yang skrg ni makin bambam. Eh? Xdelah bambam sgt sbb beliau work out jugak kat gym. Kejap kang main badminton, kejap kang main bola tapi skrg sibuk ngan xtvt bola tampar and sepak takraw untuk sukan jabatan opis nye. Ikutlah syg, jgn injured sudah ye. No..no..no...no.."donch like"...


Naik escalator nak menuju ke outdoor theme park. Sgt teruja seumpama kali pertama menjejak kan kaki di Genting. Mak Chaq pulak mcm takut2 je sbb escalator tu tinggi dari biasa. Ngeh. Ngeh. (Mak Chaq is my yayang 1st aunt which is my MIL sister).


Akibat terlalu lama masa dihabiskan di escalator ini maka pelbagai shot terhasil dgn sengaja nya. Bosan kowt naik escalator ni. Dahla tinggi, banyak pulak tu. Layan kan aje. Nak naik lift tapi mcm lambat. So end up escalator aje. Dpt tengok view. :)


Sempat lagi my abah berposing kat sini. Sporting tul. Hehehe.



Okey, agak muyskil dengan gambar ni. Fokus kat Iza ke fokus kat kaki awek cina depan tu? hish..hish.. x patut..x patut..eh, tp sape snap yang ni. My yayang ke my SILs tu ek? Ntah. Lantak le...


Setelah melepasi escalator2 yang "mencabar" tu sampai lah kami di laluan ini iaitu star walk. Laluan yang menghubungkan indoor theme park dan outdoor theme park.



Gambar pertama ngan my yayang kat Genting. Tibe2 my yayang jadi mcm skema pabila posing mcm tu. Hihi. Comel pulak. Meh geget sket! :p



Adeq (my SILs), Ina (my SIL) and Iza. Terserlah ke"comel"an Iza di situ. Yeay. Sy kelihatan mcm adik2 berbanding akak2 dr mereka. Klu x fhm abaikan. :)


Dah sampai. So, switch mood biasa2 ke mood luar biasa. :)


Last escalator sebelum ke main gate / entrance outdoor theme park. Wei skrg harga tiket masuk dah naik ye? Dah lame tak dtg terus naik mendadak kan? Ke Iza je yang x tahu? Klu dlu ada tiket senang lenang mean certain game je boleh naik tp now kira lum sump. Main x main kena bayar at one price which is :

Unlimited Pass / Ticket (include flying coaster) :

Adult RM50
Children RM35 (not so sure) sbb tgok skali imbas je
Senior Citizen RM35

Klu yang untuk express lane plak kena bayar lagi 1 kali ganda. Mean klu korang ada express tiket tu klu korang nak main ape2 game x yah la beratur panjang. Korang g je terus laluan khas. Mcm VIP lah. So orang lain yang tggu ber jam2 tu korang leh say bye bye lah. Adoi. Saiko tul klu mcm tu. Tp nak wat cm ne, dah die bayar lebih. Kenalah pada harga.


Sebelum masuk ke outdoor theme park. So tiket semuanya 6 ticket untuk dewasa dan 1 tiket untuk warga emas. Untuk warga emas tu diorang akan request my kad, so mintak lah my kad dr Mak Chaq...Baru tahu umur Mak Chaq berapa, lahir tahu 1944..So kira sendiri kalau nak tahu. :)


Sungguh x sabar nak naik spinner kat belakang tu. Memang my favourite dr dlu. Ape2 pun mari berposing dulu. Cuaca mase tu agak panas jugak la. Sampai2 masing2 jadi lapar. So lepak kat marrybrown...


Sy suka gambar ni. Nampak mcm comel je. Eh, tu my yayang pegang beg sekolah Iza. Hehe. Warna merah gak. Mcm pegang beg sekolah anak pun ada. Hihi. Sabar tau sayang. :)


Iza n adeq dah tak leh sabar dah tengok menatang ni. Terkinja2 rasenye nak naik. Yang lain dok tengah makan kat marrybrown sambil saksikan kiteorang naik menda alah ni. Geleng kepala Mak Chaq n my MIL tengok gelagat menantu die yang sorang ni. Hehehe. Sorry lah yea mak..Iza bertukar gelagat sekejap.


Lambai kat my yayang yang dok kat marrybrown tu. Ajak naik sekali tak mau. Takut ek? Gayat ke? Hehe.Time ni baru nak start pusing...



Pabila berpusing dgn sgt laju, tapi Iza mcm xde perasaan. Siap leh pose kat my yayang yg tgh snap. Hehehe. Tp sekejap sgt la spinner ni. Mungkin sbb ramai orang kot tu yg sekejap je.



Sayaaaaaaaaangggg! Terbaik lah. Ni kalau ngandung ni memang x patut naik. Tp klu x tahu mcm mana? Klu dah rezeki Allah, ape pun jd tetap menjadi rezeki jugak.



Settle je naik spinner tu terus je g kat diorang yg tgh lepak kat marrybrown tu. Perut masih kenyang dgn bekalan breakfast pg tu. So jamu mata je tengok gelagat2 pengunjung.



Eh..Eh..Naik jugak? Ingat ke x berani naik. Hehehe. Saja lah tu nak suruh Iza snap gambar die pulak. Jadi bahan bukti yea? Huhu. 



See...Mcm xde perasaan lah my yayang ni. Dok tenang je kat atas tu. Xde reaksi yang sepatutnye. Berlakon lah sket. :p



My abah and my mak. :) Suka ngan glasses diorang tu. Bila time panas je bertukar menjadi gelap. So tak yah susah2 nak beli yang lain.



Meneruskan perjalanan untuk ke permainan seterusnya. Ramai jugak orang. So banyak game yang kiteorg x dpt main. Jamu mata je la.



Sangat suka gambar ni! Nampak penuh dengan kasih syg abah ngan anaknya. Eh, nampak cam pasangan bercinta pun ada. Hehehe. Okey, ini adalah candid bukak lakonan semula ye kengkawan.


Tengah queue untuk naik permainan comel di belakang tu. Ina memang x join kteorg naik game2 yang extreme ni katenye x mencabar. Tp game yang comel kat belakang tu mencabar. Hah! Sah yang die tak berani naik. Hehe. Ade sejarah katenye. :p



Okey, sape berani naik yang ni angkat tangan cepat! Korang memang berani. Iza tabik spring kat korang. Benda alah ni klu naik korang akan rasa mcm jantung tertinggal kat atas. Mcm jantung berhenti sekejap. Tapi klu ada sesapa yang nak bayar sy 5k untuk naik menda ni sy sanggup. Hehehe. Gila mata duitan.... Hahaha..



Aik yayang? Bergambar je ke? Xnak naik ke?
Buktikan lah kejantanan mu. Hehehe.



Me??? I dont think so. Tp mcm best je bile ada kat atas tu. Mcm hilang stress jap. Tp bila dah start turun ke bawah mau pucat muka, x pun Iza muntah kang. Baik jgn cr pasal. My yayang pun x bagi naik. X baik untuk kesihatan katanya. Huhu.



Okey, Iza panggil mainan ni permainan comel. Hehe. Sebabnya bentuk dan warnanya amat comel dan kebiasaanya mainan ni dinaiki oleh kanak2 comel sambil ditemani parents. So klu mcm gambar kat atas ni korang rase sape yang teman sape ni? hehehe.



My favourite picture and moment. Rase mcm honeymoon pun ade. Suasana pulak mcm sejuk dingin gitu. Fuh! Romantik pulak rase. Ekeke.



Sembang2 ngan my yayang ckp pasal nnt nak holiday kt cni, check in kat hotel first world tu. Besh nye, hanya kami berdua sebelum hadir "orang ketiga". Sedang dalam kertas cadangan. :)



Eiii! Sungguh comel. Rasa nak gigit2, nak angkut letak kat hall umah. Hehehe. Masa ni my FIL, Ina n Mak Chaq tengah naik menda ni. Lama gak menda ni pusing2. Tp slow lah. Memang klu nak tengok view boleh lah naik menda ni.



Space shot sign.
Makin ramai pulak orang queue nak naik.
Ade gak keinginan nak naik tp masih belum berani.































































dan...







































akhirnya...







































































my yayang naik jugak. tp katenye sbb nak teman adeq naik. boleh plak alasan mcm tu. my yayang cte dlu die pernah naik tp lepas turun tu terus muntah. hehehe. ape kes?



Dua beradik tengah queue nak naik space shot.
Sume ni lakonan semata2.



Tengok diorang duduk pun Iza dah rase seriau pulak.
Tp diorang mcm relax aje.
Pelik2. Ntah2 dlm hati tsunami melanda. Hehe



Ewahhh...Ewahhh...
Siap tabik hormat lagi kat wife die ni..
Yayang, hati2 yea.
Hehe. Daku x mahu kehilangan mu.
ngeh.ngeh.emo x tentu pasal.



Okey, baru start nak naik.
Muke masing2 happy konon2.
Nampak betul lakonan dua beradik ni.



Sweet loving couple. :)
Mcm honeymoon. :)
Love u my PIL.



Naik bot untuk ke dinosaur land. Panjang gak queue, klu guna express lane kan best. Tp kena bayar lebih la. Huhu



Sambil2 beratur nak naik bot tu, tengok pulak roller coaster ni.
Rail boleh tahan mencabar terbalik2 sume. Tp asyik under maintenance je.
Terus jadi mcm xnak. Huhu.



Akhirnya dpt naik bot ni. Satu bot ni boleh muat 12 penumpang x termasuk kanak2. Tu dinosaur kat belakang tu dah dtg nak terkam dah. Nasib tipu, klu betul punye memang Iza dah lompat dalam air.



Ni bosan sbb tggu sket punya lame ale2 boat kat depan tu rosak. Siap enjin bot tu kuar asap lagi. Terus Iza lari dok paling belakang.
Dah bosan sgt tunggu kiteorg amek keputusan untuk blah dr situ.
Sbbnya x sanggup nak tercongok dlm tu. My yayang mcm biasala telah "membahasakan" staff2 yang keje kat bot tu. Sian pulak tengok budak2 tu, dah la semua perempuan. Bot rosak nak wat cm ne kan. Terima je la..



View sebahagian dr outdoor theme park.



Kami berdua lagi.
Cantek lah waterfall buatan kat belakang tu.
Menambahkan lagi mood romantik.



Bergambar kenangan bersama.
Tp my yayang xde sbb my yayang yang jd photog.
Lupe nak suh Ina bawak tripod.



Wah. Bas tu warna merah same ngan baju Iza. :)
Time ni tgh panas terik gak la.
Tu yang masing2 muka mcm senyum x senyum tu.



Sape pernah naik ni angkat tangan???
Iza pernah naik.
Best dan terbaik!!!!



So, alang2 dah sampai mari kite mencuba.
Kali ni Iza paksa my yayang naik sekali.
Nasib masa kiteorg g tu queue x panjang sgt.
Tbe2 Iza nampak pendek plak dlm gmbr ni.
Yayang, nape muke mcm tu? Stress erk?



Memang terbaik lah flying coaster ni!
Hilang rasa stress sume sbb Iza jerit kaw2 punye masa naik tu.
Siap g beli gambar lagi RM 15.
Mahal kan? Tp beli jugak sbb nak wat kenangan.



Permainan ni pun tak dapat naik gak.
Ramai orang la.
X larat nak beratur panjang.



Tengok rail flying coaster ni mcm mana.
Tengok menggerunkan tp bile dah naik perghh!! Memang terbaik. Roller coaster biasa ngan flying coaster, Iza suke lagi flying coaster.
Masa nak naik ni my MIL n mak chaq x bagi. Tp Iza pegi je. Geleng kepala diorang. Hehehe.


Baru nak naik ke atas. Masa ni slow je lagi.Habis je naik flying coaster terus masuk indoor theme park kat first world tu. Nak naik monorail yang ulat tu keliling satu theme park (outdoor n indoor). Habis je terus cr McD sbb kelaparan. So klu sape2 g genting kena bawak extra pocket money yea sbb makanan sume harga sekali ganda dr biasa. Klu big mac burger set kat KL just RM 8.++ kat genting jadi RM15.++. Hehehe. Air mineral pun sebotol RM3. So klu rajin bawak lah bekal sandwich ke bihun goreng ke buh dlm beg pastu makan lah bekal tu. Hehehe.



Okey, tamatkan entry riang ria ni ngan gambar kuda ni. Comel je. Klu ade kembar mesti lagi best. Hehehe. So turun genting dah agak gelap gak lah. Sampai kat tol Gombak dah nak masuk maghrib kot. Nasib jalan x jammed sgt. So cpt la sampai Putrajaya. Next month pulak Iza ngan fmly Iza akan bercuti di Port Dickson lak. Syioknyeeee berjalan. :) Spend time together. Yeayyy!! :) Syukran..

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails