click this to be awesome person

Thursday, 26 January 2012

Short Update DSQ Progress


Assalamualaikum.

Pagi ni mcm kemalasan sikit nak g keje. Tp nasib lah kuat semangat. Bukan ape, dah 2 ke 3 hari ni badan rase mcm x sedap la. Asal malam je pas maghrib mesti pening. So tdo pun agak awal. Hari ni pulak turn kena ganti kan tmpt PA Dato'. Memandangkan sedang mood2 santai n sgt lah free ni so amek kesempatan yang untuk buat entry pasal  progress DSQ. Gambar2 pun Iza copy from blog en.kazman which is bakal jiran kat DSQ gak. So jom kite menjamu mata dgn beberapa keping gambar ni hah. X copy semua pun sebab sblm ni ade gak g wat site visit ngan my yayang kat DSQ cume mcm biasa malas nak transfer gambar dr DSLR ke dlm lappy n malas nak upload msuk dlm blog sbb malas nak kecik kan size gmbr. Semua malas la kate ko....



Contoh bakal rumah kami yang akan siap sepenuhnya on Disember 2012 ni. Paling lambat pun by januari 2013 mcm tu. So ade ms lebih kurg setahun ke dua tahun la nak cr duit n simpan duit untuk beli brg2 rumah ni hah. Tu belum cerita bab nak wat reno, pecah sana pecah sini. Cat sane cat sini. Drill sane drill sini. Aiyyooo. Pengsan. 



Ni view dari porch kereta. Iza rase leh parking 2 buah kereta kot kat porch ni. Tp satu kete kena kecik sket lah baru muat. Then cadangnya pintu n tingkap utama tu nak pecah nak ganti ngan sliding door yang 3 panel tu. Bukan ape, senang sket time nak wat ape2 majlis kan. Lagi pun sng nak angkat brg2 or perabot time pindah brg nnt. Kite tengok mcm mane nnt. Kena tanya pendapat ayah n abah kiteorg dulu la. Org lame ni kan berpengalaman. 



Iza x pasti pihak pemaju guna material ape untuk lantai porch ni. Tp yang penting permukaan lantai ni x la licin mcm porch2 kat umah2 lain. Bagus gak kan, sng sbb ala2 tahan lasak. X cepat kotor. Tapi kalau warna die terang sket lagi cantek kot.




Ni merupakan deretan rumah di jalan utama iaitu jalan DSQ 1 yang menghubungkan jalan kawasan taman perumahan dgn jalan utama which is highway kat depan tu. Bakal rumah kiteorg kat jalan ni la. Senang lah sket x yah masuk jalan belakang2 kan. Kalau dlu Iza keje kat KBS senang je mintak transfer kat IKTBN Sepang yang nampak kt dlm pix ni. Nak g keje jalan kaki je seberang highway naik jambatan je. Tp skrg ni dah keje kat JPM kan so jauh sket lah ulang-alik g keje n balik keje. Tp yang penting syiok sbb umah sendiri..:) Mintak2lah semuanya berjalan lancar n dipermudahkan oleh-Nya. Amin...


**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails