click this to be awesome person

Tuesday, 17 January 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah

Assalamualaikum.

Sekadar nak berkongsi info dan manfaat yang Iza baru baca dari laman sosial FB baru sekejap tadi. Sumber dari Ustaz Mohd Kazim Elias. Moga kita sama2 beroleh manfaat dan dapat amalkan di dalam amalan harian kita.

Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup


Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan






Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir





Anggur
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut



Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam




Tembikai (segala jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya



Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang badan, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan



Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga




Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut




Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari



Cuka
Nabi selalu minum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali)





Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Okey. Moga2 kita dapat manfaat bersama yea. So far ade gak lah yang Iza amalkan setakat ni. Mudah2an mendapat manfaat darinya. Sumber2 gambar adalah dari carian google.

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails