click this to be awesome person

Thursday, 3 November 2011

New Work-Station @ New Office

Assalamualaikum.

Sementara ada masa sebelum kul 5 ptg ni (dah x leh nak study...benci tul) nak update pasal keadaan dan rupabentuk tempat baru Iza ni... Meh scroll meh... Sambil cuci2 mate meh...


Ni lah segala harta Iza spnjg berkhidmat di sini. Barang personal dalam kotak A4 tu... Barang rasmi dalam kotak besar coklat. Jenuh lah nak mengemas dan susun balik... Haishhh...

Ni keadaan opis baru... Opis baru ni telah dipecahkan kepada 4 bahagian. Bahagian pentadbiran, Cawangan Pendaftaran, Cawangan Penyelarasan n Pemantauan dan yang kat atas ni bilik bos (Pendaftar)... Iza dok skali ngan big bos n PA sbb nye reason yg munasabah dekat ngan bilik fail. So ape2 hal senang Iza nak memantau fail keluar masuk. Mase ni partition x siap pasang lagi. Lembab tul org buat keje tu. Banyak main. Kejap2 kang g melepak hisap rokok. Hangin je nengok!


Akhirnya ari Ahad bertungkus lumus siapkan tempat sbb Isnin dah nak mule operation mcm biasa. Pd hal org lain PC pun x set-up lagi. Iza ni bukan terlebih rajin tapi mls nak hdap menda ni lame2. Alang2 dah dtg buat keje dlm bilik fail tu amek ksmptn utk siapkan tmpt sendiri. Dan yang best tu terus je set-up internet. Sporting tul ade brother sorang ni.. Hihihi..


Malas dah nak decorate sgt sbb kot2 kena tukar mane2 kang nak pindah bagai penat pulak nak kemas masuk kotak balik...Pintu yang nampk tu adalah bilik big boss... Huhuhu..


Telefon dapat set baru. Yang bosan nye hunting line cume ade satu je buat mase skrg. Klu Iza tgh engage org lain x leh call out. Kelakar kan? dah mcm keje swasta rasenye. Pastu org luar tak leh call direct line ke tmpt Iza. Kena melalui operator then sambung kan ke Iza. Ntah pape. Menyampah pulak. Semua nye nak sekat. Cam sekolah lak rase. Dah...Tu je nak update... Lagi 10 minit nak kul 5 ptg.. So nak g siap2 dlu pastu ready punch card pastu jalan kaki g opis my yayang amek kete g kelas. Penatnye lah rase...Nasib la...

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_nhkm^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails