click this to be awesome person

Wednesday, 14 September 2011

Sekali Lagi Diuji


Assalamualaikum.

Tahun 2011 ni bg Iza memang tahun yang mencabar dan begitu sukar sekali. Di kala usia perkahwinan hampir menjengah ke angka 2 tahun, pelbagai dugaan jugak lah yg Iza n my yayang hadapi. Mcm2 dugaan lah. Yang paling perit bile setiap masalah yg dtg tu bertalu2 tanpa henti. Adakala rase mcm nak mengalah mcm tu aje. Biasalah, manusia bile diuji oleh yang Maha Pencipta ni terus hampir hilang rasa sabar. Sabar yang merupakan kunci kepada IMAN. Kurangnya sabar maka kurangnya iman. 

Mungkin senang dan mudah bg kite merumuskan setiap mslh, tapi untuk kite hadapi dan berada serta berjuang dlm masalah tu sendiri amatlah payah. Nak2 klu sesuatu masalah tu memang "attack" kpd keperluan harian kite. Memang rase mcm tersembam ke bumi dan betapa kecilnya diri pd mase tu. Bbrp mggu lepas, mslh kesihatan yang amat memeritkan menimpa. Alhamdulillah dgn secebis rahmat dr Illahi sembuh juga wlu pun x sepenuhnya sebab masih bersisa batuk dan selsema. 

Yang terkini saat kuliah baru bermula, saat itu jugalah mslh itu bertandang. Bile direnung dan dikaji balik, knp ye Allah bg dugaan tu dlm keadaan serentak? Kdg kala boleh mati akal dan mati iman klu asyik merenung nasib. Knp x sblm bermulanya kuliah? Knp x terjadi mase Iza tgh cuti semester? Hanya Allah aje yang ade segala jawapannya. Tapi Iza yakin, setiap kejayaan yang kita nak kecapi mesti berhadapan dgn segala ujian dan dugaan yang maha hebat! Dugaan kali ni benar2 menguji kesabaran dan keimanan Iza hinggakan Iza hampir hilang pertimbangan. Syukur, wlu pun iman setipis kulit bawang ini Iza mampu bertahan.

Sedang berjuang dan berusaha utk mengembalikan keadaan seperti sediakala. Nasib hari ni xde kelas, x terasalah sgt "bahang" dugaan tu. Esok? Lusa? Mgu depan? Apakah mampu utk Iza berlagak dan tampak tenang sedangkan hati umpama negara yang dilanda tsunami. Wallahu'alam. Beribu doa dipanjatkan pd-Nya. Mohon petunjuk dr-Nya agak diberi jalan keluar dan penyelesaian secepat mungkin. Ya Allah... Tbe2 teringat pesanan bermakna dr mak "Orang belajar (menuntut ilmu) ni banyak dugaannya, walau susah dan perit mcm mane sekali pun jgn pernah mengalah. Teruskan sebab Allah sedang uji IMAN kite"

Dan untuk pertama kali jugak Iza call dan adu nasib pd mak Iza. Tersedu2 Iza nangis dlm hp. Mak Iza pun same sebak dibuatnya. 1st time Iza rase hilang dan ibarat xakan ade bantuan yang dtg. Tp alhamdulillah, berbekalkan pesan mak Iza masih bertahan. Syukur masih punya mak yang betul2 "menyokong" anak2nya walau pun Iza dah berumah tangga. Ya Allah, kau limpahkan lah rahmat buat ibu ku. Amin.

Sebelum air mata Iza mengalir dgn lebih laju dpn lappy ni, baiklah Iza cut off ceritera yang sedih ni kat sini. Wlu pun Iza x dedahkan ape bentuk dugaan / mslh tu tp ckuplah utk Iza luahkan keperitan di dada. Buat korang yang sedang dlm masalah, banyak2 lah bersabar. Jgn diikut kata hati sebab emosi sdg mengawal diri kite ketika itu. Cuba bertenang, bernafas dgn bebas dan istighfar lah. Insya'allah kalian akan mampu berfikir secara waras slps itu. Mudah2an dugaan dan setiap ujian yg Allah berikan pd kite mampu meningkatkan tahap keimanan kite. Ketika itu jua lah kite di dalam perhatian-Nya. Insya'Allah jika mslh dtg bertalu2 dan kite dpt atasinya dgn baik dan istiqamah masa akan dtg kite akan jadi lebih tenang. Mudah2an hendaknya.

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_fendi^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails