click this to be awesome person

Monday, 12 September 2011

Mee Hailam

Assalamualaikum.

Jom Iza bagi resepi mee hailam yang simple-dimple. Pasti sedap hingga menjilat sudu dan garfu.:)


Bahan-Bahan Kisar (Blend):

1 S/B bawang merah
1/2 S/B bawang putih
1/2 S/B cili kering

Bahan-Bahan Lain :

Kicap pekat
Sos tiram
Sedikit garam
Bancuhan tepun jagung (untuk memekatkan kuah)
Sedikit halia (diketuk)
Bbrp tangkai cili api (diketuk)
Telur ayam sebiji
Isi ayam (bahagian dada)
Beberapa ekor udang (dibuang kepala dan ekor)
Sayur kobis / sawi / lobak merah (dihiris / dipotong)
Sepeket fish-cake
Sepeket mee kuning (yang telah dibasuh untuk menghilangkan minyak / ubat pada mee)

Cara-cara :

Tuangkan sedikit minyak dan panaskan kuali.
Tumis bahan2 yang dikisar terlebih dahulu hingga naik bau.
Masukkan sedikit sos tiram dan kicap pekat.
Masukkan sedikit air masak.
Masukkan campuran tepung jagung.
Sedikit garam.
Masukkan semua isi ayam, udang, fish-cake dah sayur hingga masak.
Masukkan mee kuning.
Kacau hingga mesra.
Pecahkan sebiji telur ayam untuk mengenakkan lagi kua mee hailam.
Hidangkan ketika panas.

Selamat mencuba. Kalau x menjadi, sila cuba resepi lain. Hahaha. Sebabnya Iza nye jadi jea. Tetibe rase mcm nak bukak kedai makan. Hahaha. Angan-angan sahaja. Bukak kedai makan tuk my yayang je.

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_fendi^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails