click this to be awesome person

Monday, 19 September 2011

~Majlis Makan-Makan Eidulfitri 2011~


Assalamualaikum.

Jom sambung balik citer pasal majlis makan2 sempena hari raya smlm. Tapi sebelum tu bagi Iza tarik nafas jap coz baru je habis sesi mengemas, sapu dan mop lantai, cuci segala pinggan dan periuk2 yang kotor, xtvt mendobi dan mcm2 lagi. Haishh... Tarik nafas lagi.........Semput okeh. My yayang leh lak kena duty ptg td, pd hal kteorg baru balik open house umah bos my yayang. Then balik dr tu g site visit DSQ jap sbb dr hr tu nak pegi x pegi2... Tadi berkesempatan tgok DSQ on progress dpn mata. Alhamdulillah, spt yang diharapkan. Okey, dah terlajak topik lain pulak. 







































































































































































































































































(sbnrnye entry ni tersimpan di dalam draft semalaman sbb nye Iza dah kepenatan dan ketandusan idea tak tau nak taip ape)
Okey, jom sambung balik erk. Hr ni Iza x keje pun, sesuke hati cuti sbb nye terlajak bangun dr tido kata ko! Betul2 kepenatan lah, baru tau yang jadi tuan umah utk majlis / kenduri ni memang lah penat. Skrg rasakan. Hahaha. Tapi puas sbb seronok tgok orang datang rumah pastu makan, sembang2 mesra. Okey, acara bermula jam 12.30tgh. Pagi Sabtu tu Iza bangun kul 7 pagi sbb nak kena buat mcm2. Kebetulan pulak mak n ayah Iza kena bertugas majlis rumah terbuka YB mane ntah, maklum lah org kuat so kena lah pegi. Iza ni smlm ngan my yayang dah g gombak angkut segala brg2 makanan dan perkakas2 yang nak diguna. Mlm tu ubah posisi meja, sofa sume sbb nak bagi lapang kat hall. Senang tetamu dtg nak duduk especially kat hall yang dah dibentang tikar buluh. Cadang nak hampar je karpet, tp pk balik nnt kot2 tertumpah air ke ape2 jenuh lak Iza nak anta dobi. So utk untuk jalan selamat kite gune tikar buluh je ye adik2. 


Pagi tu along Iza ngan kembar sampai, sbb abg ipar Iza nak g keje kat Dengkil so drop-off lah diorang kat sini. Nasib umah dah siap kemas sume, so x lah si kembar ni kacau sgt. Maklumla pantang nampak org berkemas, diorg pun same2 nak tlg "kemas". Adik2 ipar Iza pun tdo umah Iza gak sbb nak tlg kakak ipar nye ni hah, memandangkan my PIL abah n mak x dpt dtg sbb ade hal kat Ipoh maka mereka wakil lah. Banyak gak yg diorang tlg. Ina tlg potong tembikai, siapkan bahan2 nak buah popiah. Memang Iza dah niat nak buat popiah sbb ramai yg request. Huhu. So adik ipar yang Aida tu tlg gulung popiah. Tup..tap..tup..tap..jam dah kul 12.00 tgh. My yayang ms tu tengah berdengkur atas katil sbbnye baru balik keje kul 7pg tu. So nak taknak Iza terpaksa kejut die jugak sbb ade ms setengah jam tuk bersiap sblm tetamu dtg. Lenkali kena buat start kul 2ptg lah coz masa mcm pendek aje.


Sampaikan baju kurung Iza n baju melayu my yayang pun adik ipar yang Aida tu tlg iron kan. Betapa sibuknya kami. Haishh.. So sblm korang menjamu mata tengok foto2 sepanjang hari kejadian jom kite tgok menu2 pd hari tersebut. Semua adalah mskn mak Iza, kecuali popiah goreng dan air "selangor".

Menu 

Soto (bihun,mee,nasi himpit)
Kuah kacang
Rendang ayam
Karipap sardin
Popiah goreng
Lemang
Buah Tembikai
Kuih Raya
Air Selangor (sirap+oren sunquick mandarin)



With my SIL yang terpaksa bertugas hari itu. Nasib sempat makan jugak. Sian kena duty hari2 cuti. Korang jgn ingat keje gomen xde keje time weekend erk. Klu dah keje as PI (pegawai imigresen) siap sedia je lah kan fizikal n mental tuk keje shift. Lucky she's now back to "single". Jodoh x panjang. 


Mak aii..Perbedaan warna kulit. Malu i. Huhuhu. Dah mcm matching plak corak bunga baju Iza ngan bunga kat dinding tu. Hihi. Yang beshnye ade yang puji baju Iza lawa.Auwwww! My yayang sendiri x puji, tapi suami org lain yg puji. Hihihi. TQ abg azemir atas kepekaan memuji baju Iza. :)


Auntie Ina, Mak Lang with Kakak Qadirah yang memang susah nak senyum kalau bergambar.. Haishh.. Time ni baru sorang je tetamu yang datang. Tu pun sekejap je sebab ade umah lain lagi nak pegi.


My yayang slps dipaksa bangun oleh sang isteri. Muke memang x ckup tdo. Mase ni baru siap set-up kerusi meja kat hall depan lift sbb takut2 tetamu penuh dlm umah boleh lepak2 kat hall area lift. Nak2 bg tetamu2 lelaki yang suke sgt merokok tu kan...


Si kakak Qadirah bersama Pak Lang. Skrg bukan main ngam lagi ngan Pak Lang die sbb Pak Lang je rajin melayan n dukung die.


Antara tetamu yang hadir awal mase majlis tersebut. Si kakak tgh dok berjinak2 main ngan anak en.ijal baby Ghazi. Mase ni dalam lebih kurang kul 2 ptg.. Tetamu masuk dan keluar silih berganti. Nasib la perabot dah alih siap2. Lapang sket hall.


My yayang yang kerja kuat that day sbb nye Iza dah tak larat. Mane taknye, asal makanan kat atas meja habis Iza ulang alik ke dapur g tambah makanan yang kurang. Yang tudung kuning tu mak Iza, tudung hitam tu anak buah my yayang Anis keje kat Cyebrjaya, sebelah Iza tu Kak Midah opishmate Iza...


My opishmate yang hadir. Baju oren tu Balqis sedang sarat preggy anak ketiga. Tu tggu ms nak meletop je tu. Haishhh. Iza lak seriau.



Lemang ni mak ayah Iza sponsor. Bp batang x diorang beli tak ingat. Bile anak buah my yayang si Anis potong je then hidang kat depan, bukan main ramai tamu yang dtg amek. Ramai jugak suke lemang erk? Iza x minat sbb pulut kan? Nnt hangin satu badan terus Iza pening + muntah2. Along Iza pun x leh makan pulut, die g sumbat gak hamek terus pening pale pastu muntah2 terus lemau. Rasakan penangan pulut.


Alamak, bersepah nye lah hai dapur Iza time ni. Maklumlah dah mcm kenduri kan.... Time ni tgh mencuci pinggan dan bekas2 yang kotor sbb sinki dah over-load. Kang klu dibiar mau melimpah sampai ke lantai. Nasib my SILs yang Aida tu sudi jadi photog x berbayar. :p


Aysfa Husna anak kedua Balqis yang baju oren tadi tu. Bukan main reben kat kepala die tu. Huhu. Elok je x de pun mcm si adik Qadisah nak cabut je memanjang.


Mase ni tetamu dah sgt2 ramai dah. Rase mcm nak pecah umah. Nasib la kat hall area lift tu ade kerusi n meja, so leh lah mereka dok luar kan. Majority kawan2 opis my yayang dtg. X sangka ramai jugak yang dtg. :) Suka sgt time ni sbb mcm havoc je. Rase puas bile tengok tetamu sume menjamu selera sambil ckp menu hari itu sedap.Credit to my beloved mum yang memang pandai masak. Iza pun dapat credit gak sebab ramai yang suke popiah goreng. Resepi my MIL. Untung dpt dua2 mak yang terror bab masak2. :) Alhamdulillah.


Tu Iza masuk bilik amek duit raya tuk anak2 kawan yang dtg. Bagi zakat sket spy berkat dan murah rezeki. Rezeki Allah ni kite kena berkongsi baru lah murah rezeki selalu. Mudah2an. Si kembar yang tengah hyper-active nak tlg mengemas. Habis kuih raya Iza ditabur2 kat lantai. Haishhh.


Kak Midah n suami yang sgt sporting. Orang Serian, Sarawak memang peramah! :) Rase dah mcm adik beradik je kteorg klu kat opish. :)


Si adik yang memang suke senyum. Klu senyum manis mcm gule. Si kaka kureng sket. Masam mencuka. Baju raya diorang ditaja oleh Mak Lang mereka. :) Cantek, bulat2 coraknye. :)


Kawan2 my yayang. Baju merah tu Shafri, pengapit my yayang dlu and the best friend my yayang. Kdg2 jelesh tengok keakraban mereka. Hehehehe. :) Shafri ni still single, if sape2 berkenan meh roger Iza. :)


Dah mcm bukak kedai makan kan? Hehehe. Yang hujung skali belah kanan tu bos my yayang. Sgt sporting join ngan staff2 die g beraya. So sweet :). Terima kasih lah kepada semua yang sudi hadir. :) Segala kekurangan harap dimaafkan.


Iza bersama kawan2 sekolah rendah n menengah. Alhamdulillah masing2 dah berumahtangga. Yang tengah tu memang kawan dari kecik, sekolah agama sama, sekolah rendah same, sekolah menengah pun same. Yang paling kanan tu Abby, pun satu sekolah menengah ngan Iza. Ingat lagi time sekolah dlu slalu lepak umah die makan2. Arwah mak Abby sgt rajin masak. :) Diorang masing2 dah ade baby, anak Nor baby Qistina dah 4 bulan yang Abby anak die baby Danish dah 6 bulan tapi skrg mak mertua die jaga kat Kelantan. Iza??? Insya'Allah, Allah tu maha mengetahui masa bile yang terbaik tuk Iza n my yayang. 


Bukan senang kteorg nak jumpe lepak lame2 mcm ni. Tapi bile dah jumpe mcm2 hal keluar. Sampai ke bab2 menyusu anak, bersalin, bab2 suami isteri. Mcm2 lah. Hehe. Sampaikan kiteorg lepak dalam bilik sbb baby Qis nak menyusu badan, bile masuk dlm bilik siap kunci pintu ingat line clear lah tp my yayang dok "project" dlm toilet. Hahahaha. Masing2 gelak sbbnye dah panjang berjela bergosip ale2 dgr bunyi flush dr toilet. Hahaha. Tapi besh la, Insya'allah next time ade rezeki nak buat lagi makan2. Nak tggu rumah DSQ siap lambat lagi. Tggu house-warming umah Nor / Abby sbb masing2 dah beli rumah. Tggu nak move-on new house je. Seronok kan bile dah lame x jumpe, sekali jumpe cte balik tentang life masing2. Ya Allah, nikmatnye erti sbnr persahabatan ni. Kau berkatilah hubungan kami ini. Nor n Abby balik dlm kul 11 mlm. Sian plak kat Baby Qis sbb sampai demam2 die beraya. Nak2 skrg ni musim hujan, baby memang senang nak demam. Balik je diorang tu Iza terus salin uniform, tukar baju "bibik" terus kemas2 ape yg patut. Mak ayah Iza sume dah pengsan sbb penat kan. My yayang pun same pengsan. Yang berjaga sampai kul 2 pagi sorang2 hanya lah Iza. Then dah siap2 mop lantai sume, my yayang bangun muntah2 sbb banyak sgt makan. Pastu kteorg maisng2 tdo kul 3pg.... Penat sesangat, tapi PUAS! :)


My SILs - Aida yang menjadi photog sukarela that day. :) Skrg ni tgh dok bercinta dgn BF nye. Bulan 11 ni dah masuk politeknik PD. Siap lah rindu2an ye. :)

Okey korang, SELAMAT HARI RAYA.

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_fendi^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails