Wednesday, 7 September 2011

DSQ Dalam Pembinaan - Part 1

Assalamualaikum.

Iza masih belum ade kesempatan nak update blog ni dgn entry raya tempoh hari. Sebabnye agak sibuk dan malas. Lagi pun simptom2 untuk demam sangat banyak. Skrg batuk dan selesma silih berganti. Dahla minggu depan start kelas. Haishhh. Dugaan ni. Actually td time tengah senggang (free), godek2 sket forum  kat bawah ni, almaklumlah nak memantau sejauh mane progress bakal-rumah-pertama kami nnt. X dpt pantau kat site, pantau dlm internet aje lah, tu pun nasib baik ade forum ni. :) Kat forum ni jugak lah Iza jumpe satu blog yg sangat memberikan info dan gambar2 yg berguna kat Iza untuk rumah Desa Sri Qaseh (DSQ) tu. http://www.salaktinggi.com/forumbbst/portal.php

Jom scroll tengok DSQ dlm pembinaan.


Rasenye hampir 60% dah siap ni. Tp x tau lah lot rumah kami yang mane. Mane taknye, tengok atas plan x same dgn tengok yang real kan?


Yang penting projek DSQ ni menampakkan perkembangan yang memberangsangkan di samping meyakinkan pihak2 pembeli. Gile ko klu beli rumah, x siap nak2 gune loan-bank. Mau nangis x berlagu, nasib lah kami ni gune gov-loan so secure lah jugak.


Tak pasti ni bahagian hall ke bilik ke, sebab nye x pegi site kan. Ni pun copy dr blogger yang kebetulan beli rumah kat situ jugak. Tq lah encik blogger
sebab sudi berkongsi info dgn kami. :) Nnt leh le berjiran. Hihihi


Kalau x silap ni bahagian bilik, bilik kecil dan dapur kot. Sungguh x sabar nak tggu siap kan? Tp nak proses A-to-Z beli umah ni ckup lah seksa dan sesak dada. Bukan senang nak ade aset sendiri kan. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kami. Memang untuk kali pertama beli umah agak sakit lah. Yelah, byk duit gune. Kang kejap2 law firm call nak itu, nak ini. Haishhh. Klu Iza ni cop duit x yah diorang call Iza dah hantar dah. Esok nak masuk umah for sure kena duit lagi. Tp itu sume asam garam kehidupan. Klu x nak susah xyah beli umah, dok menyewa je la x pun dok je kuarters yang disediakan. Huhuhu. Yang x besh nye pulak, potong bulan2 bukan jd umah kite pun. Hish.


Rumah yang bakal jadi rumah kami ni (insya'Allah) luasnya 20 X 80, 4 bilik tidur, 2 bilik air. Ikut hati nak je pecah satu bilik tu tp nanti2 lah. Ape2 hal pun kena tggu rumah ni siap 100%. Okey, nnt free Iza update lagi yea. Kepada kawan2 yang muda2 tengah sihat tubuh badan lagi tu, cepat2 lah beli rumah yea. Rumah skrg makin naik harga. Silap2 esok korang x jumpe rumah teres harga bawak RM200k. Dr beli kete besar2 baik beli umah buat aset.

**Terima Kasih Kerana Membaca**

^izzah_fendi^


1 comment:

  1. salam,
    awak sama la ngan kita.
    sy pun beli umah kat Taman Desa Sri Qaseh. Nanti berjiranlah kita yer.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails