click this to be awesome person

Thursday, 15 September 2011

DSQ Dalam Pembinaan - Part 2

Assalamualaikum.

Pagi ni Iza agak lambat masuk opis sbb bdn mcm x brp nak sihat, lemah aje. Nak2 masih memikirkan masalah2 yang menimpa ketika ini. Tp semua tu Iza tgglkan je kat rumah sebab bile masuk opis, Iza xnak part keje terjejas. Same jugak mcm bile g kelas. walau ade mslh mcm mane pun, try to "throw" away the problem then after dismiss the class baru lah terfikir balik. Cube jadi profesional tuk diri sendiri dan adil dgn semua komitment yang Iza pegang skrg ni as a wife, worker and student. I have to play my role according the "subject-matter". Okey, dah x mo sedih2. Jom kite ikuti perkembangan DSQ part 2. Syukur sebab ade En. Kazman pemilik blog
krn rajin update blog beliau ttg pembinaan DSQ ni. Sgt2 berterima kasih kpd beliau. At least Iza leh le ceriakan mood dan diri sendiri ni. Sungguh x sabar!


So far menurut kata En. Kazman, progress so far so good. Majority lot2 rumah dah naik tiang dan diikat batu-bata for dinding rumah.


Ade certain rumah yang dah hampir siap dipasang atap genting. Wah, cepat jugak ye. Ni yang buat x sabar nak tengok sendiri nih.


View DSQ dr jauh. Standard lah keluasan 20 X 70 dgn 20 X 80. Bezanya panjang ke belakang je la. Bayar pun lebih sket. Huhu.


View DSQ dari porch kereta. Dinding dah mule dibina utk memisahkan bilik utama dan hall. Weeeeeeeeeeee! Sungguh x sabar nih. Nak deko2. Huhu


X silap ni ruangan dapur ngan toilet kot. Huhu. Nak keterangan lanjut sila ke blog En. Kazman seperti link di atas.


View DSQ dari pandangan belakang.


Keseluruhannya pembinaan ini makin bergiat aktif, harap2 tak lah berhenti di tengah jalan. Sebab xde experience lagi, maklumlah name pun 1st time beli rumah. Semoga Allah permudahkan segala-gala urusan kami. Insya'Allah. Amin.

**Terima Kasih Krn Membaca**

^izzah_fendi^

1 comment:

  1. ala...gambar tu biasa2 jee... semoga siap mengikut jadual hendaknya rumah ni... semoga kita menjadi jiran yang ceria2 selalu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails