click this to be awesome person

Thursday, 22 September 2011

~ Didiklah Wanita (Isteri) ~

**gambar sekadar penghias entry kali ini**

Assalamualaikum.

jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
masih mencari-cari walau ada segalanya...
apa yang tiada di dalam SYURGA?
namun Adam tetap rindukan Hawa

dijadikan wanita daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok,
untuk diluruskan oleh lelaki
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus?
mane mungkin kayu yang bengkok
dapat menghasilkan bayang yang lurus.

luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
kenalkan lah mereka kepada ALLAH,
zat yang kekal abadi kerana di situ punca kekuatan dunia.

akal senipis rambutnya,
tebalkan lah ia dengan ilmu Allah
hatinya serapuh kaca,
kuatkan lah ia dengan iman Allah
perasaannya selembut sutera,
hiasilah ia dengan akhlak Allah
suburkanlah ia kerana di situlah nantinya...
mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ya Rabb...

bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...
ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih sayang Allah.
wanita yang lupa hakikat kejadiannya
pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghibur...
tanpa iman, ilmu dan akhlak...
mereka tidak akan lurus...
bah kan akan semakin membengkok
itu lah hakikatnya andai wanita tidak mengenal Rabb-Nya

bila wanita DERHAKA
pasti dunia lelaki akan huru hara
lelaki pula jangalah mengharapkan ketaatan semata-mata!
tapi bina lah kepimpinan...
pastikan sebelum wanita menuju Illahi,
pimpinlah diri kepada-Nya
jinakkan diri kepada Allah
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan mu...

janganlah mengharapkan ISTERI semulia FATIMAH AZ-ZAHRA'
seandainya diri mu (SUAMI) tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH.

**bangkitlah wahai para suami, pimpinlah isteri mu**

**terima kasih krn membaca**

^izzah_nhkm^

1 comment:

  1. Peerghh... Ayat nasihat tahap dalam nii... sesuai di amalkan sepanjang masa....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails