click this to be awesome person

Friday, 8 July 2011

Doa Seorang Isteri (Insan Kerdil)

Ya Allah

Kau ampunilah dosa-dosaku yang telah aku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaran-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah 

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arsy (Al-Marfu'atun 'Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku adalah bidadara untuk ku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia-Mu tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berilah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu

Ya Allah

Sesungguhnya...
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Jadikanlah aku anak yang disenangi kedua orang tuanya
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi masyarakat
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang Solehah

Hanya pada-Mu Ya Allah
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi hamba yang dirahmati
Aku hanya ingin menjadi isteri yang disayangi
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suaminya
Isteri yang mampu membendung segala rasa gusar
Gundah gulana di hati suaminya...
Kau perkenankanlah doaku Ya Allah...
Hanya Kau Tuhan Sekalian Alam
Tuhan yang Maha Pencipta, Pengasih lagi Penyayang...

Amin... Amin... Ya Rabbal'alamin...

Uhhibu Ya Allah....

^izzah_fendi^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails