click this to be awesome person

Friday, 20 May 2011

Panduan & Pengaruh Warna Mengikut Hari

Salam Jumaat penghulu untuk sekalian hari... Hey, korang hari ni pakai baju warna ape ke opis??? Hah... Cube belek2 jap seketika warna2 yang ade pada baju korang hari ni... Iza hari pakai baju warna coklat gelap... Actually sepatutnye klu kite nak ade tenaga dan mood yang baik setiap hari kite kena pandai dan tahu tentang peranan warna di dalam berpakaian seharian sebab warna2 ni mempengaruhi diri dan tenaga kite.. Tak percaya?? Jom kite samae2 baca dan kongsi ilmu yang bermanfaat ni same2 erk.. Iza pun amek info ni dr blog seseorang... Actually dah lame nak tahu sejauh mane pengaruh warna di dalam kehidupan kite lebih2 lagi dalam soal berpakaian setiap hari... Jom same2 kite tambah ilmu dan praktikkanya.. Ingat, ilmu perlu diamal baru lah ia kekal dan berguna sepanjang hayat... Mudah2an...



Hah, menurut kajian dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer kita boleh tentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera di dalam sesuatu hari termasuk dgn waktu dan situasi tersebut. Kajian ni lebih diperincikan ke dalam bentuk Human Physiology.

Warna Putih : Hari Isnin

Warna putih merupakan warna perangsang kpd kelenjar pine dan kelenjar pitutary.
Ia akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada di dalam keadaan hening bermaksud kita perlu mendapatkan tidur yang awal di waktu malam. Sekiranya kita tidak dpt waktu tidur yang betul pd malam sebelum Isnin, kita lebih cennderung untuk menjadi letih dan tidak bersemangat atau erti kata lain kite jadi malas utk ke tempat kerja atau melakukan xtvt harian kite pada pagi Isnin. Jika kita perasan, bunga berwarna putih juga lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga berwarna putih yang ditanam pada hari lain biasanya sukar utk hidup / berbunga berbanding jika ditanam pd hari Isnin. 

Warna Merah Jambu (Pink) : Hari Selasa

Dengan berpakaian warna merah jambu, kita mempunyai kuasa memujuk terhadap seseorang yang lain. Sebagai contoh kuasa pujukan terhadap anak, kawan / psgn yang tidak sehaluan dan bertentangan pndgn dgn kita lebih kuat berbanding warna lain. Warna merah jambu juga lebih cenderung kpd perasaan emosi dan berkasih syg kpd psgn masing2.

Warna Biru : Hari Rabu 

Warna Biru pula warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih "resonan"(match : sepadan yang mematuhi hukum keseimbangan / sealiran dan serasi). Dinyatakan juga kicauan beburung lebih merdu pada hari Rabu. Pd hari Rabu seseorang lebih cenderung menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dgn berkesan melalui kata-kata. Sebab tu kalau kita perasan, mesyuarat di dalam sesebuah organisasi tu lebih byk diadakan pd hari Rabu. (mcm opis Iza).

Warna Kuning / Jingga (Oren) : Hari Khamis

Warna kuning ialah warna ransangan sistem penghadaman, dan juga melambangkan warna kesuburan hormon dan sistem reproduksi. Ia memberikan tenaga dgn  menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh badan untuk menjadi zat / tenaga yang amat diperlukan oleh badan. Warna oren dapat meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita dan pada hari Khamis juga merupakan hari yang terbaik untuk psgn merancang zuriat yang sihat. :D **wink..wink**

Warna Hijau : Hari Jumaat 

Hijau memberi tahap getaran yang menyamai tenaga meransang fungsi jantung dan paru-paru. Pd hari Jumaat didapati xtxt klorofil sgt aktif dan membebaskan oksigen pd tahap paling maksimum. Pada hari Jumaat juga sesuai utk xtxt senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.

Warna Merah : Hari Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah lebih banyak menjalankan xtvt fizikal utk tubuh. Pengaruh kpd hari Sabtu adalah sgn keluar bersosial, berjumpa ahli keluarga / saudara mara/ kawan-kawan dgn menjalankan xtvt riadah yang lasak atau sebaliknya.

Warna Hitam : Hari Ahad

Tenaga spektrum pd hari ahad menyamai pada hari Isnin. Bezanya pula melalui gerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kpd sesuatu kawasan berbanding semua hari yang lain yg mana pergerakan secara rawak. Oleh yang demikian, hari Ahad lebih sesuai untuk sesi istirehat. Sebaik2 habiskan masa bersama keluarga di rumah krn kita memerlukan lebih byk tenaga utk keesokan hari nya utk bekerja. MEmandangkan hari Ahad mempunyai pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan diri drpd terdedah kpd gelombang asing yg boleh memudaratkan. Sebab tu pengamal seni mempertahankan diri yg mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dr kongkongan / pengaruh gangguan tenaga asing. 

So kawan2, jom same2 praktikan pengetahuan yang kita dah tahu... Pakaian tdk semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang lebih serasi / sesuai pd hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju shj yang menyamai warna hari juga telah memadai. Semoga info ni dpt dikongsi dan dimanfaatkan bersama2...:)

**Warna2 ceria secara tdk lgsg menceriakan diri kita dan juga org lain**

^izzah_fendi^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails