Tuesday, 23 February 2010

Aku Mahu Menjadi "Isteri Solehah"


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan


Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

**Isteri Solehah ~ (Saff-One & Raihan)**

Hati Iza betul2 terpaku dan terkedu seketika pabila menghayati setiap bait2 lagu ni... Sebenarnye dulu ade jugak dengar tapi dengar sekadar dengar dan bukan untuk menghayati, tp betul2 terpukul bila semalam Iza ke kelas Zhulian di Kajang dan ade slot ceramah Pra - Maulidur Rasul oleh Ustaz Zamri IKIM.


Ustaz menyampaikan sirah Nabi & Isterinya yang bernama Siti Khadijah... Betapa cekalnya hati Saidatina Siti Khadijah yang sanggup mengorbankan darjatnya dengan mengahwini Baginda (yang tidak sama darjat dengannya ketika itu)... Sentiasa menjadi pendorong ketika Baginda di dalam kesusahan dan kesedihan... Sentiasa menjadi penguat semangat di saat Baginda dilanda kebuntuan... Hati mule rase terpanggil, kenapa aku tak boleh jd mcm tu? Sepanjang tempoh 4 bulan aku diakad nikahkah bersama suami, pengrobanan ape yg aku telah lakukan pd suami atau sebaliknya tentu banyak dosa yang aku terlepas pandang...


Biasa lah, usia muda menyebabkan seseorang manusia khususnya perempuan jarang memikirkan sesuatu di luar kotak fikiran dan kemampuannya. Terlalu mengikutkan kata hati dan bukannya akal fikiran yang telus... Ya Allah terasa berdosanya ketika itu... Seperti bergenang air mata...


Ustaz menyambung lagi ceramahnya...


Siti Khadijah sanggup dipulaukan oleh orang2 sekelilingnya pabila Rasulullah mendapat wahyu untuk menyebarkan ajaran Islam pd ketika itu tidak diterima malah ditentang dan dianggap gila oleh masyarakat sekeliling yg masih di dalam jahil tentang Islam. Sedangkan Siti Khadijah merupakan ahli perniagaan yang terkenal dan satu2 nya ahli perniagaan wanita pd zaman itu, Siti Khadijah dipulaukan selama beberapa tahun sehinggakan masyarakat pd ketika itu tidak membeli barang2 dagangan Siti Khadijah yang mana harta dan kekayaan nya selama bertahun2 lenyap dah tidak tinggal satu dirham pun dan menyebabkan siti Khadijah jatuh sakit dan wafat...


Betapa besar dan mulianya pengorbanan dr seorang isteri buat suami yang dicintainya sehinggakan Rasulullah menceritakan kisah itu kepada isterinya yang paling muda iaitu Aisyah Humaira... Berlainan pula sikap Aisya pd ketika itu, bersikap keanak2an... sentiasa perlu dibimbing oleh Rasulullah... Tetapi itu bukan penghalang pd Nabi kerana Baginda sering menceritakan kebaikan dr Siti Khadijah yang telah wafat dan menjadikan ia satu peringatan yang baik buat hidupnya... Klu kita kembali kpd fitrah skrg, sanggup ke kita melakukan seperti ape yang Siti Khadijah lakukan?


Tepuk dada tanyalah hati dan berfikirlah dgn akal... Perkaitannye suami isteri sememangnya saling perlu dan memerlukan, bergaduhlah, berselisih fahamlah, bertegang uratlah sesama suami isteri tetapi sekiranya hati dan iman masih berada pd landasan yang betul... Kita akan kembali kepada fitrah Islam itu sendiri...


Jelas sekali pd perkataan SURI RUMAH TANGGA telah jelas terbukti kekuatan dan betapa besarnya peranan seorang isteri... SURI perkataan yang berasal dripada Bahasa Arab yang bermaksud TULANG BELAKANG.... Bermakna Isteri merupakan TULANG BELAKANG sesbuah RUMAHTANGGA yang dibina bersama suami... Tanpa isteri di dalam rumah tangga siapalah suami kerana pd setiap kejayaan seorang suami / lelaki adalah hasil drpd sokongan (TULANG BELAKANG) seorang isteri / wanita... Untuk para suami, jgnlah anda terlalu ego mengatakan kalian mampu berjaya tanpa wanita sebagai pendamping nya kerana kalian umpama pohon yang tidak pernah dibaja dan dibelai... Pentingnya konsep toleransi antara suami isteri yang mane mampu mendatangkan hasil yang positif di dalam setiap rumah tangga...
Hormatilah isteri sebagaimana kami menghormati anda, sayangi lah kami sebagai mane kami menyayangi anda, setialah pd kami sebagai mane kami setia pd anda, manjai lah kami sebagai mane anda dimanjai, bimbinglah kami sebagai mana kami membimbing zuriat2 anda...

Betapa indahnya Islam itu... Insya'Allah semoga apa yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin berkenaan sirah Nabi & Siti Khadijah mampu mengubah persepsi seseorang mahu isteri / suami... Kerana HATI setiap manusia adalah milik ALLAH YANG MAHA ESA...

Sekeras mana, sedegil mane, sehitam mane dan sekotor mane hati itu dicemari tetapi jika dibasahi, dibajai dan disirami dengan DOA2 akan lembut jua akhirnya... Kerana kita dijadikan dari empat unsur yang mane JASAD kita telah ditiupkan ROH, ROH kita diberikan NAFSU dan AKAL... Ambillah dan bacalah setiap selepas solat Ya Latif (MAHA LEMBUT) & Ya Kudus (MAHA SUCI) sebanyak mungkin bagi melembutkan hati2 kita dan org2 yang kita sayangi... Hadiahkan lah surah Al-Fatihah buat suami / isteri / ahli keluarga setiap selepas solat atau bila2 mase...

Bacaan ini mampu membuahkan komunikasi yang berkesan antara suami dan isteri... Jika mahu pasangan kita setia, sayang dan kasih pd kita maka mintalah die berbuat demikian seperti kita :

(Bacaan al - Fatihah dan niat serta doa pd Allah) Ya Allah, hamba-Mu ini menghadiahkan Al-Fatihah buat suami tercinta yang bernama Affendi Mohamad... Sebagai contoh... Keredhaan seseorang isteri adalah pd suaminya dan anak pula dari ibu bapanya... Sayangi mereka sementara mereka masih bersama kita...Wallahu'alam...

~ Sedikit cenderahati buat Ustaz Zamri Zainal Abidin ~

^izzah _ fendi^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails