Wednesday, 24 June 2009

Rezeki Orang Nak Kahwin?


Yuhuuu!!! Assalamualaikum... Ade ke org nak jawab ni? He3. Wah! Berwajah baru lah blog template Iza ni. Mestilah bertukar2 untuk cari mood baru kan? Setelah sekian lama blog ini selalu dibiar2kan. Nape eh? Bukan saje2 nak menyepikan diri, seperti biasa. Ade komitmen tugas & lain2 urusan yg tak dpt dielakkan.

Chewah!!! (tbe2 mcm nak bersastera lak!) Klu baca tajuk kat atas tu mcm "POYO" je kan dak Iza ni? Ngeh!! Ngeh!! Memang pun (kot!). Okeh, actually klu tak ade aral melintang dan sudah suratan takdir Iza bakal menamatkan zaman single & tidak akan bergelar tunangan org lagi (korang doa2kan lah ye) dalam beberapa bulan akan datang. Dlm kesibukan menghitung waktu, demi hari, demi minggu dan demi bulan tu sibuk jugak le dgn hal2 ofis yg tak pernah nak habis.

Nape erk Iza kate "Rezeki Orang Nak Kahwin?" Hm.. Tak la, Iza sendiri perasan tau lately ni rezeki yang DIA beri pada Iza melimpah ruah (alhamdulillah). First of all Iza dapat surat temuduga kat SPA this july for quite good post for me (N27), but tu belum tahu lagi lepas ke tak lah kan? Insya'Allah jika ade rezeki Iza ade lah, if tak may be bukan rezeki Iza. Then semakin banyak jugak Iza kena pegi outstation luar negeri yg Iza tak pernah fikir pun nak g iaitu Labuan. (poyos kan? cam g London je) He3.

Then start bulan julai ni banyak tempat Iza kena g jugak. Pas Iza flight ke Labuan, minggu depan tu kena ke Kedah pulak, then kena ke Cameron @ Perak lak. Then bulan Ogos pun leh tahan penuhnye jadual tp kebanyakanye di sekitar pantai timur tp Iza terpaksa tolak dan memberi ruang kepada org lain untuk turut merasa g outstation. Lagi pun nnt Iza kan dah start class so tak nak lah nnt Iza x dpt nak fokus kat study kan.

Ape pun Iza yakin sgt yang rezeki Iza akan sentiasa ade, cume kite perlu lebih usaha dan berserah pada DIA, kerana DIA yang menentukan. Cume cepat atau lambat yang belum pasti. Ape pun, Iza panjatkan syukur ke hadrat illahi untuk semua ni. Wlu pun yang pasal interview tu belum tentu dpt, yg penting DIA dah membuka jalan dan pintu rezeki untuk Iza dan keluarga. Mudah2an. Okeh. Iza dah nak balik, esok Iza kena g attend taklimat pelajar baru PLK @ UiTM Shah Alam... Take care yeah! Da~

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. tahniah dik.
    semoga semua harapan akan segera menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  2. :: terima kasih kak rose!!!
    :: :)
    :: mudah2an..
    :: amin..

    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete
  3. :: terima kasih kak rose!!!
    :: :)
    :: mudah2an..
    :: amin..

    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails