Thursday, 4 June 2009

Kisah Sebenar Bro Jeps!

Pengadu Menyatakan (Abg Jeps lah) :
Pada 02.06.2009 jam lebih kurang 0030hours semasa saya berada di dalam bilik 138 HOTEL RASA SAYANG berdekatan Bangunan KWSP, Johor Bahru, Johor. Tiba-tiba saya terdengar loceng bilik saya dari luar dan bila saya buka pintu terdapat seorang lelaki melayu memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Selepas itu lelaki tersebut telah membuat pemeriksaan ke atas diri saya dan pada masa yang sama, saya telah ternampak lelaki tersebut membawa sepucuk pistol di pinggangnya. Lelaki itu juga telah mengambil handphone jenis SONY ERICSON P1 yang saya letak di atas meja untuk diperiksa dan meminta saya keluarkan kad sim.
Pada masa yang sama lelaki itu memeriksa beg dompet saya dan telah mengeluarkan wang sebanyak RM100 dan SGD $30 untuk membuat pemeriksaan. Kemudian lelaki itu turun ke lobi hotel untuk melakukan pemeriksaan ke atas handphone saya dengan menggunaka komputer. Saya merasa sangsi dan tertipu dengan lelaki tersebut dan kemudian segera turun ke lobi hotel. Apabila turun ke lobi hotel saya dapati tidak ada sesiapa lagi di kawasan tersebut. Saya datang ke balai polis untuk membuat laporan.
Adoi!!!!!!! Pening la baca ayat2 skema Bro Jeps ni dalam report polis kat atas ni. Terus rase sakit anak tekak n anak telinga. Hu3. So maknanye kisah2 yang Iza cte sebelum ni tu sah tak betul. Jauh panggang dari api. Ha3!
Kesimpulannya kite tak leh nak judge sesuatu tanpa dgr dr mulut empunya badan kan? he3. Maknenye Bro Jeps Iza ni telah DIPERDAYA oleh seorang lelaki. Ha3. Kena pukau ke ape????? Sampai Bro Jeps rileks je bagi handphone n duit die mcm tu je. Nape tak bersilat dulu ke? Ha3. Takut erk?? Mesti sebab terlihat "SEPUCUK PISTOL" kan?? kan?? hahahahaha. adoi.. Xpela Bro, yg penting Bro adek selamat. :) Sekian kisah benar dr tuan empunya badan...

^izzah_nhkm^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails