Saturday, 21 March 2009

Fakta Tentang Senggugut / Period Pain


Bulan Mac ni Iza nye "bulan mengambang" a.k.a period hampir normal atau hampir kembali kepada yang asal. Memang mase dulu2 Iza akan period pada minggu kedua nak masuk minggu ketiga setiap bulan. Tp start tahu 2008 period Iza mule x teratur & ikut suke nak dtg bile. Memang hangin tak tentu pasal. So hari ni merupakan 2nd day Iza period, dah mule rase senggugut tu tp alhamdulillah tak seteruk yang Iza pernah alami. Paling teruk Iza kena masa awal tahu 2009 on Januari. Time tu rasa dah tak boleh buat ape, semua serba tak kena. Nak berdiri salah, nak baring salah ale2 dah tak tahan sgt menangis aje la...
Memang gila ar dibuatnye, rase mcm nak demam pun ade, sakit kepala pun ade. So Iza ni klu dah dekat2 nak period tu senang je nak notice, antaranya pimple mule naik, then badan rasa lesu sgt2, selera makan bertambah, cepat haus, moody tak tentu pasal (emosi sensitif sgt2) dan benda2 ni akan berlarutan sehingga 3-4 hari period. Lepas tu dah kembali normal. No wonder la kan klu Iza moody & asyik nak terasa je. Kadang2 benda kecik pun Iza leh sampai nangis sedih ya amat tak tentu pasal. Hu3. So kat bawah ni ade info yang Iza amek dr wikipedia. Memang betul dan benar la fakta2 ini sebab Iza pernah alaminya. Kepada kaum Adam tu klu pasangan anda tibe2 moody tak semena2 tlg la jgn nak tambah lagi ke"moody"an die sebab korang tak merasai ape yg kiteorg rase. Ckp senang la kan, tp yang menanggung??? So tlg la jgn nak marah2 kat kite org sebab bukan kteorg saje2 je nak jadi mcm ni k. Boleh??? Klu masih tak faham lagi, korang leh le baca fakta kat bawah ni n klu masih tak puas hati, korang g jumper doktor sakit puan tanye k.


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.
Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri:
Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).


Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

Simptom
PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan
dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut.


1.Perut kembong
2.Kejang perut
3.Payu dara bengkak atau sensitif
4.Ketegangan atau bimbang (anxiety)
5.Masalah tidur (
insomnia)
6.Sakit sendi atau otot
7.
Pening kepala
8.
Lesu
9.
Jerawat
10.Hayunan perasaan (Mood swings)
11.Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)


Faktor risiko


1.Pengambilan kafin tinggi
2.Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
3.Peningkatan usia
4.Sejarah kemurungan
5.Penggunaan tembakau
6.Sejarah keluarga
7.Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
8.Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa. Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.
Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.


Etikologi (Punca)


Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik. Pemikiran semasa mesyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas. Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.



Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik.
Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. wei apo nie citor2 period plak....
    sungguh busuk cter ini haha...
    tp busuk2 pn eden baco gak cz ini fakta bkn auta...hahaha....

    ReplyDelete
  2. :: hah..
    :: tahu xpe..
    :: so jgn nak bising kat adek tak tentu pasal k..
    :: :p

    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails