click this to be awesome person

Wednesday, 4 March 2009

Day 1 : Konvoi Ke Kelantan Darul Naim

Seperti sedia maklum Iza kan dah canag2 yang Iza ke Kelantan baru2 ni, pegi pun sebab menghantar atau mengahdiri kenduri kahwin kakak Iza sebelah lelaki. Majlis tu berlangsung kat kampung abg ipar Iza at Pasir Puteh. Sepatutnye keluarga sebelah mak Iza berkonvoi 9 buah kete tp 2 kete tak jadi pegi, so jadi 7 buah aje la. Itu pun 4 buah kete gerak dulu, 2 buah kete gerak kemudian & 1 kete gerak dr Pekan Nenas, Johor. Jom marathon cte Iza ni.

Saat ni berhenti kat Petronas Genting Sempah klu tak silap, so yang ade dan turut berkonvoi mase ni keluarga Iza, keluarga Pak Lang Iza & Pak Su Iza, Keluarga Mak Ngah Iza & Keluarga Mak andak Iza.

Terlanjur nak ke Kelantan kan melalui Raub kan, so Pak Lang Iza ajak singgah melawat anak die yang bersekolah kat SM Sains Tengku Abdullah ni & kiteorg berkelah dalam sekolah tu jugak. Hua3... Sempoi la...

Nasib baik kat sekolah adik sepupu Iza ni ade wakaf mcm ni, so senang le nak berkelah beramai2 kan. Ye la, masing2 masak kat umah masing2 then tukar2 lauk & makanan. Dah jimat kan. Duit simpan untuk shopping le. Tu hah dak Faris mengacau org nak makan. X padan dgn kena demam campak.

Yang pakai baju sekolah kain kotak2 tu le adik sepupu Iza, name die Dilla. Klu tak silap die tingkatan 4 kot tahun ni. Hu3. Den pun tak bp nak ingat.Jarang jumpe kan. Mcm biasa dak Faris mesti inter-frame nye lah. Sabau je la. So after settle makan je, teruskan perjalanan semula. Mcm biasa klu berkonvoi mane2, ayah Iza le akan jadi leader.

Time ni kat Kuala Krai, so nak menghala ke Machang & Kota Bharu. Ingat dekat dah la, rupenye panjang lagi perjalanan. Memang la patah pinggang & leper punggung ku ini. Aduh... Huhuhu.. Iza tertarik dgn sign board Asma Ul Husna tu le. Susah nak jumpe klu kat area KL or Lembah Klang kan? Bendera keADILan harus le ade. :) "Peace not war erk"

Sesampainya di Machang, melalui UiTM Machang. Besar jugak kampus kat cni. Tp time ni tak nampak pun student, x sure same ade ade kelas or cuti semester. Almaklumla dah lame tak belajar. He3

Finally... Alhamdulillah... Selamat juga 6 buah keluarga sampai di Homestay Tok Janggut di Pasir Puteh ni. Time ni sume mengeluh sebab sakit pinggang bagai. Kesian diorang. Nasib baik mase Iza nnt x jauh.

Homestay ni bersebelahan je dgn Petronas Pasir Puteh. Tp jalan or simpang masuk ke sini agak keliru sikit la. Kena la drive dgn penuh berhemah & perlahan yg mungkin sebab takut terlepas simpang kan.


So ptg tu sambil nak release2 kepenatan yang sedia ada tu, kiteorg pun pegi le berjalan ke tepi pantai. Harus le ayah Iza yang tahu pantai tu kat mane sebab mase X-mas tahun lepas Iza & family dah g survey kat cni. Hu3. Nama pantai ni Pantai Bisikan Bayu (Tok Bali). Nice jugak la tp x berapa bersih.

Ni die Pojie a.k.a Abah dak Faris. Orang Kg. Lerek, Kuala Terengganu ni. Cube tengok rambut dak Faris kena tiup angin, comel aje. Bukan main suke lagi die.

Okies, dari kiri : Pengantin baru a.k.a my sister, dak Faris, Mak dak Faris a.k.a kakak sepupu Iza & tuan punye blog le.

Aksi poyo Iza dgn sepupu Iza. Kiteorg sebaya, dulu sekolah tadika cina pun same2. Hu3. tapi badan die lagi besar dr Iza. Ye lah selalu main ragbi kan. Rajin jugak masuk majalah "Hai" bahagian sukan. sempoi la die, kepala mcm Iza jugak, gile2 sket. He3. Die pun pakai SLK gak tp that day die bawak Honda City Abg Long die.

Wah!!!! Ni yang tak sabar ni. Iza syuuuuuuuuuuuuuuuukeeee sgt pix dak Faris yang ni. Sungguh teruja sgt2 tau. Iza ajar die tunjuk atas, betul2 die tunjuk & siap posing gediks2 lagi. Pandai la Faris posing, tiru Mak Lang ye? :P sayang Faris wlu pun Faris skrg suke buli Mak Lang.

Sweet moment antara anak buah & pakcik2 nye. Bukan senang nak berkumpul mcm ni. yang pakai baju biru tu Pak Andak Iza a.k.a abg kepada mak Iza, yang baju kelabu tu Busu Iza a.k.a adik mak Iza.

Bila Faris buat perangai nak terjah air kat laut tu. Ape lagi, Iza umpan die tengok kamera tp die leh buat muke lak. Sabau je la, skrg die pantang jumpe air. Klu mandi skrg pun susah nak kuar sebab suke main air.


From left : Mohd Farhan a.k.a adik sepupu Iza, anak kepada Busu Iza. Tengah : Fatin Amira & Farah Aqilah a.k.a anak buah sedara Iza, anak kepada Kak Long & Abg Long Iza (Kakak Sepupu)

So sweet sgt mase ni. Diorang pun pandai je psoing & spontan aje. Si kakak darjah 3 & si adek darjah 1. Tp si adik suka membuli si kakak. Tp dua2 pandai speaking & petah bercakap.

Pabila mereka kegirangan, saat2 manis tu harus dirakam kan. Ade terselit adik Iza & adik sedara Iza kat belakang tu.

Pak Long Iza a.k.a abg sulung kepada mak Iza & Mak Long Iza, Mak Ngah Iza a.k.a nenek dak Faris, Abg Long a.k.a menantu Pak Long & Mak Long Iza bersama Fathia Alya.

Iza dan Fathia Alya yang bersuara besar. Pelik Iza dulu mase die baby die suke menjerit2, ingat sape la sebab suara die besar mcm lelaki tau. Tp still cumel aje.

Time ni dah nak beransur balik, tp sebelum tu nak singgah pasar malam Tok Bali kat depan tu aje.

Sedang menunggu mereka2 yang masih lagi berada di tepi pantai. Penat kteorg jerit2 panggil ajak balik. Tp bile masing2 dah jumpe air, susah le nak dengar kan. Yang baju hitam tudung pink cair tu le Kak Long Iza a.k.a kakak sepupu Iza.

Balik je dari pasar malam tu, kteorg terpaksa berhenti sebab ade kemalangan telah berlaku di tengah2 jalan. Melibatkan sebuah motor & sebuah kereta. Rasenya salah kereta tu sebab main kuar simpang tak tengok motor ni. Kesian budak ni x boleh bangun. Then sampai je homestay terus mandi2, lepak2 tengok video mase kakak Iza wedding ari tu, borak2 sampai pg baru le tido. Cdg diorang nak tggu keluarga Abg Ngah Iza a.k.a abg sepupu Iza dr Johor tu sampai, tp time call tu die baru kat Rompin. Harus le esok pagi baru sampai. Jom ke story yang seterusnya.

^izzah_nhkm^

3 comments:

  1. izzah,nanti jemput dtg rumah PIL akak kat btg kali 29/3 ni.adik ipar akak kawen.nnt akak pas kad kat izzah ye

    ReplyDelete
  2. izzah,nanti jemput dtg rumah PIL akak kat btg kali 29/3 ni.adik ipar akak kawen.nnt akak pas kad kat izzah ye

    ReplyDelete
  3. :: hah?
    :: 29 Mac ni??
    :: thats my birthday lor!!
    :: hehehe
    :: :)
    :: insya'Allah...
    :: If xde selisih dgn hal keje akan ku dtg ye..
    :: hehehe
    :: btw thanks utk jemputan itu ye..


    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails