click this to be awesome person

Friday, 30 January 2009

Iza From ICU Hospital Putrajaya

Salam semua, smlm menjadikan hari yang cukup bersejarah dlm hidup Iza untuk tahun 2009 ni. Oklah, meh Iza story cte ni dr mule sampai akhir ye... Smlm kan Iza ade cte pasal Iza kena senggugut yang teruk kan, then alhamdulillah dah beransur baik then Iza dtg keje... So Iza buat la keje mcm biasa, mcm org sehat & tak de pape. Tp bile lepas waktu lunch dlm kul 2 lebih tu tetibe rase bdn Iza ni seram sejuk sgt. Pastu Iza try rilek, buat xde pape, kuatkan semangat sume.
Tp makin Iza sabar makin menjadi seram sejuk. Pastu rase suhu badan meningkat panas. Iza ingat nak bertahan sampai balik (4.30) tp x dpt, so Iza bg tahu officer yang Iza nak balik coz x sihat. Mase nak balik tu lift kat ofis pulak under maintenance, so terpaksa gune tangga ke basement 2. Turun tangga pun Iza dah tak larat, dah menggigil papah pd tiang tangga tu. Dahla pakai heel's. Memang menduga kesabaran.
Then sampai kat kete, start enjin terus gerak. Tp penglihatan mase tu dah mule samar2. Bwk kete pun slow & x bp nak stabil. Risau jugak kot2 nnt Iza langgar kete lain. Alhamdulillah selamat sampai umah, terus naik umah, masuk bilik & pakai stokin selubung satu badan. Tp makin menjadi2 menggigil Iza. Perut pun mule sakit balik. Iza ingat nak call Hubby tp pk Hubby pun x bp sht, mls nak susahkan die.
Text la dak Effa. Effa suruh tggu smntara die otw balik dr ofis n bwk Iza g klinik. After Effa smpi umah tu terus bwk Iza masuk dlm kete, kat luar plak ujan mase tu. Tp redah je la sbb dah tak thn n bdn rase makin lemah. Effa suggest g Hospital Putrajaya terus, pegi ke Wad Kecemasan. Dlm kepala da tak pk ape dah, janji demam ni cepat baik. Then mase otw tu, rase mcm dah sedar x sedar je. Sampai je kat depan area Kecemasan & Trauma tu terus Medical Assistant (MA) bawak kerusi roda & pindahkan Iza dok atas kerusi tu. Time ni badan Iza menggigil lg kuat & rase sejuk sgt2.
Then MA tu bwk Iza masuk Pusat Triage (Pusat Saringan) untuk check ape yg patut. Sempat tengok denyutan nadi Iza bp, tekanan darah bp... Then terus MA tu klasifikasikan kes Iza warna KUNING. Iza pun tak sure time tu warna kuning tu untuk ape. Then terus tolak masuk Wad Kecemasan, pindah dok atas katil. Doktor & nurse dah kerumun kat Iza tanye mcm2. Iza jwb tp x tahu Iza jwb ape. Then tau2 tgn belah kanan dah kena cucuk amek darah, masuk air then yg terakhir kena injection kat bahagian punggung. Sakit memang sakit tp bile pk nak baik, Iza redha je.
Time tu rase lega sket sebab badan mule rase tak menggigil sgt. Then mintak tlg nurse panggilkan Effa, Iza mintak tlg Effa bg tahu Hubby Iza. Then after bbrp minit mcm tu, keadaan pun dah stabil, Iza dipindahkan ke Wad Rawatan Sementara. That time katil no 19, baru rase sedar diri sket. After tu je Hubby sampai dgn muke x bp happy. Biasala kan, Hubby Iza mane suke Iza ni sakit2. Smntara tggu air yang masuk dlm badan tu habis, Iza suruh Hubby tgu luar je & inform pd fmly Iza.
This time Iza baru dibenarkan keluar & balik sebab Alhamdulillah xde ape2 suspek or sakit yang kronik. Cume kena demam panas yang melampau je. Suhu badan klu x silap almost 39'C kot. Hu3. Memang tinggi, klu lah Effa x bwk Iza g Hospital cepat. X tau le ape akan jadi pada Iza. Btw, THANKS so much pd Effa sebab banyak tlg Iza. Sian die kelam kabut jadinya. Syukur jugak ade housemate & officemate cam die. Hmm... Mase ni Iza baru lepas amek ubat & tggu Hubby g solat jap.
Ni lah Pusat Saringan yg Iza ckp td tu, actually Iza kan dikalsifikasi kan sbg kes berwarna kuning. So Kuning bermakna Kes Semi Kritikal, Merah for Kes Kritikal & Hijau for Kes Biasa. Nasib baik x jadi Kes Kritikal, klu tak x tahu nak ckp pe...

So mcm2 ubat la yang Iza dpt kan. Harus la dpt ubat yg banyak klu nak baik. Ni ubat tahan sakit or ubat pening2 camtu. Banyak lak tu. Ade la dlm 3 papan tu. Iza baru makan 4-6 biji je. Huhu... Rase nak termuntah makan ubat ni, besar lak tu.
Yang ni pulak antibiotik, harus dihabiskan sebab doktor ckp antibodi Iza lemah. Then sel darah putih banyak & tak normal. If normal dalam 4 - 11, tp Iza punye smlm lebih kurang 15. Huhu... Risau tul la klu main2 darah2 ni... Hopefully xde pape la kat Iza after ni.
Ni pulak Oral Aid or Bonjela (x tau spelling betul or tak), untuk ulser kat dlm mulut Iza. Bile dah letak kat tempat ulser tu terus rase kebas & mcm kena gam je. Hu3. Xpela, yg penting nak cepat baik & sihat spt sedia kala.
Ubat yang terakhir ni pulak ubat senggugut. Ubat tahan sakit a.k.a ponstant tp color pink. Selalu Iza dpt ponstant color hijau kuning. This time lain color lak. Belasah la.
So smlm after balik dr hospital, terus Hubby anta balik umah sewa pack brg sume then terus anta Iza balik umah parents kat Gombak. Now Iza kat Gombak la. Hu3. X memasal dpt cuti rehat balik kampung erk. Nnt ari Ahad Hubby dtg amek balik. So, hari ni rase kurang la sket tp demam masih ade lagi, cume x le sepanas smlm. Then bahagian punggung ke bawah masih rase sakit coz may be kesan inject smlm tu kot. So, jalan pun ta betul, mengengkang mcm org berpantang je.Ngan melayan karenah dak Faris lagi. Sabar je la. Tahan kan je perangai die yg mcm2 tu. Itu je cerita Iza untuk kali ni. Doa2 kan Iza cepat sembuh ye. Salam...

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. ciannye...sakit eh izzah??tulah,jgn ar keje berat2 sgt heheheh.akak rase ubat first tu paracetamol=panadol kan!!akak kalo pening akak belasah ubat tu je hehehe

    ReplyDelete
  2. :: hehehehe
    :: tahu xpe kak..
    :: sakit giler...
    :: nasib baik iza x gile..
    :: btw thanks eh kak rose..
    :: eh..kak rose nak ke paracetamol tu??
    :: huhuhu


    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails