Wednesday, 26 November 2008

:: Bengkel Teknik Decopage ::

Iyaaarkk!!! Aduh!! Ngantuknye mata Iza pg2 ni le... Kepenatan semalam x hilang lagi le. Actually smlm Iza x keje pun, kena attend Bengkel Kraftangan anjuran Puspanita KBS di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, KL. So smlm pegi keje dgn Hubby, breakfast sesama ngan die... And paling besh smlm gaji la... Ngeh!! Ngeh!! :p Then after Hubby anta Iza pegi keje terus je Iza tggu dpn lobi ofis sebab nak gerak ke Kompleks dah... Bengkel tu start 8.30 pg...

~ saje berposing di dalam kete opish : Toyota Fortuner baru ni... Smlm wearing the pink2 color la... Same jugak dgn dak Effa... :) ~

~ sebaik shj sampai di Kompleks, terus masuk kelas cari port. Pastu tggu pihak penganjur & tenaga pengajar agih2kan barang2 serta peralatan ~

~ mesti semua dah biasa tengok box mcm ni kan? ehmm... apa yg Iza nak belajar after ini adalah teknik mempercantikkan barang2 hiasan rumah atau apa sahaja dgn menggunakan teknik "decopage" atau lebih kurang menampal la... tp bukan main tampal mcm tu je... ade teknik2 & cara nye ~

~ okies... antara peralatan / brg2 yang diperlukan adalah seperti berikut : ~

1. surat khabar lama (sebagai alas)

2. kertas tisu (bercorak)

3. gunting

4. berus kecil dan besar

5. kotak kayu / botol kaca, plastik / cerek air / pinggan / perabot2 lama

6. pengering rambut

7. cat : putih, peach / warna lembut (for home deco / art)

8. cealer / gam khas (for home deco / art)

9. span

10. varnis

~ untuk permulaan kita perlu mewarnakan kotak ni dgn color asas : putih. Perlu menggunakan span & cara untuk mewarnakannya hanya dgn dap2 kan sahaja pd permukaan kotak... pastikan tidak terlalu tebal & tidak terlalu nipis... setelah rata cat tersebut di dap, keringkan menggunakan hair dryer ~

~ setelah kering biarkan beberapa minit untuk mendapatkan color yang cantik pd kotak tersebut ~

~ ulangi langkah yg sama tetapi menggunakan cat yg berlainan : peach color. Pastikan span telah dicuci bersih dan dikeringkan terlebih dahulu spy tidak berlaku percampuran warna... ~

~ setelah dikeringkan, ambil corak / bunga yg telah digunting dr tisu hiasan td. kemudian tampal corak / bunga tersebut pada permukaan kotak (ikut kreativiti masing2), pastikan gam / cealer disapu diatas permukaan corak / bunga dgn lembut spy tidak terkoyak / berkedut ~

~ setelah selesai, keringkan dengan menggunakan hair dryer dan pastikan ianya betul2 kering untuk mendapatkan hasil yang cantik dan menarik. Kemudian sapukan seluruh bahagian kotak dgn varnis... sapu dengan mengikut turutan dan layer by layer : keringkan ~

~ antara hasil yang telah dihasilkan oleh pegawai / kakitangan KBS dgn menghadiri bengkel ini ~

~ sejenak mengintai tenaga pengajar : berbaju hijau bersama isteri KSU & KP yg turut melibatkan diri di dalam bengkel ini ~

~ inilah hasil dr tangan kami yg x berapa nak kraftangan tp keras tangan.. hehe.. box yg atas tu Iza punye & yg bawah tu dak Effa punye .. pasni boleh le bawak balik & isi ape2 yg patut ~

~ the two pink lady with sweet box : own decoration... lepas ni boleh le mengaplikasikan di mane2 kotak yg kosong erk? hehehe... :p tp semua proses penyediaan ni mengambil masa 4 jam untuk disiapkan dgn sempurna. No wonder la klu brg2 kraftangan ni mahal kan? Memang la penat untuk membuatnya... Lenguh2 tgn, tengkuk & badan dibuatnye ~

So, kepada sesiapa yg ingin mencube. Sila lah cube sndiri ye... Barang2 semua boleh didapati di kedai2 hardware :)

^izzah_nhkm^

2 comments:

  1. cantiknya that box iza...very creative & so inggeris kan??? :)

    ReplyDelete
  2. :: ha'ah kan Jue..
    :: iza pun syuke je..
    :: tp cost nye agak mahal le..
    :: hehe
    :: :P
    :: english country kan?
    :: :)

    ^i|z|z|a|h_n|h|k|m^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails